Lirik Layu - Malique
Lirik Layu - Malique
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
2 comments:
Salam,
Aku dah tgk blog tu, aku rasa ni lah antara penyebab mereka anti Malaysia.
"Bagi tuduhan pertama, tertuduh, Hau Yuan Tyng, 43, juga pekerja sambilan agensi pembantu rumah dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Hajar Sadli, 33, dengan menggunakan air panas di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara antara 11 pagi dan 8 malam pada 7 Jun 2009."
Salam Wak,
Saya bimbang sebenarnya, apa akan jadi pada kita org islam/Melayu klu PR memerintah? Sudahlah mereka bukan ada pakatan pun, bukan mcm BN. DAP bila2 ms sj boleh beralih arah.
2. PAS suara yg akan mewakili Islam/melayu kelak, klu mcm ini sikap mereka, apa nasib kita?
3. anwar? xpayah sebutlah dia berjuang kerana apa pun kita tak jelas, fleksible.
Post a Comment