Followers

Saturday, January 23, 2010



MusdahMulia

Oleh : Zulkarnain Zakaria

Barat nampaknya terus-menerus memberikan pengiktirafan tinggi kepada individu-individu yang memalukan Islam. Kalau sebelum ini mereka menjadikan Salman Rushdie (novelis The Satanic Verses), Aayan Hirsi Ali, wanita Islam Somalia yang telah murtad dan kini berlindung di Belanda serta Talisma Nasrin, penulis Bangladesh yang sedang bermastautin di Amerika Syarikat sebagai wira, kini mereka memberikan pengiktirafan pula kepada seorang lagi individu serupa.

Wirawati baru mereka itu ialah Profesor Dr. Siti Musdah Mulia, seorang pendukung liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta homoseksual.
Pengiktirafan itu diterima oleh Dr. Siti Musdah pada 26 November lalu dari II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), yang diadakan di Saint Vincent, Itali.

Musdah Womenof the year
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia sebagai Women of the Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.

Dr. Siti Musdah menewaskan dua orang finalis lain, iaitu Aicha Ech Channa dari Maghribi dan Mary Akrami, Afghanistan. Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh 200 orang tetamu dan wartawan, manakala pihak Kedutaan Besar Indonesia di Rom diwakili oleh Wakil Presiden, Yuwono Agus Putranto.

Untuk rekod, Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 itu dibentuk pada 1998 oleh Majlis Serantau Aosta Valley dengan kerjasama Kementerian Luar Itali, Aosta Valley dan Soroptimist International Club Valle d'Aosta. Penghargaan itu turut mendapat pengiktirafan Presiden Itali.

Ketiga-tiga finalis pula dipilih melalui saringan yang ketat daripada 36 orang calon dari 27 buah negara. Semua mereka adalah wanita dan dianggap telah memberikan sumbangan besar kepada wanita di negara masing-masing.

Aicha Ech Channa adalah pengasas Solidarite Femanine (SF) yang ditubuhkan pada 2002 untuk membantu ibu-ibu tunggal di Maghribi. Mary Akrami pula menjalankan pelbagai kegiatan amal untuk mewujudkan pusat-pusat perlindungan membantu wanita Afghanistan mendapatkan pelajaran, kemahiran serta kebolehan membuat keputusan.

Musdah IRI
Dr Musdah Mulia menghuraikan strategi menguasai pilihanraya Indonesia anjuran IRI (International Republican Institute), sebuah yayasan demokrasi, Amerika Syarikat.

Jadi, mengapa Dr. Siti Musdah, 51, dipilih sebagai pemenang, bukannya Aicha atau Mary? Inilah persoalannya. Secara ringkasnya, Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia.

Selain itu, Dr. Siti Musdah adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta, juga Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, faktor utama yang sering kali diberikan perhatian oleh Barat untuk memilih pemenang adalah keberanian seseorang itu menentang aliran pemikiran umum serta tradisi. Tetapi, dalam konteks ini, apa yang dipertikaikan ialah, perkara yang ditentang oleh Dr. Siti Musdah adalah juga, antaranya sudah termaktub di dalam al-Quran dan hadis serta disepakati oleh jumhur ulama.

Antaranya, pada 2004 Dr. Musdah telah mengetuai perbincangan Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam yang kemudiannya mengeluarkan Counter Legal Draf - Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) dengan membuat resolusi bahawa:

* Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.

* Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah.

* Masa 'iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa 'iddah laki-laki adalah 130 hari.

* Isteri juga boleh menjatuhkan talak.

* Bahagian warisan anak laki-laki dan anak perempuan adalah sama.

Ekoran itu Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan tegas menyelar draf ini sebagai bidaah (penyimpangan) dan taghyir (perubahan) dari hukum Islam. MUI juga menganggap CLD-KHI sebagai tindakan memanipulasi nas-nas al-Quran.

Tindakan Dr. Musdah dan gagasan CLD-KHI itu juga membuatkan Menteri Agama Indonesia ketika itu, Prof. Dr. H. Said Agiel Al Munawar mengecam Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam itu agar tidak lagi mengadakan seminar atau kegiatan serupa atas nama Tim Departemen Agama. Beliau juga mengarahkan semua draf CLD-KHI diserahkan kepada Menteri Agama RI.

Tidak habis di situ, Menteri Agama Republik Indonesia yang baru, Maftuh Basyuni kemudiannya segara membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005. Dr. Siti Musdah pula sebagai Ketua Tim Penyusun CLD-KHI dilarang menyebarluaskan idea tersebut.

MusdahIrshadManji
Musdah Mulia bersama Irshad Manji, seorang penulis Kanada yang mengkritik Islam yang beridolakan Salman Rushdie


Berhentikah Dr. Musdah? Tentu saja tidak. Beliau bersama kawan-kawannya dengan dibantu oleh The Asia Foundation, sebuah dana tajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mendukung gagasan liberalisme, terus menghebahkan idea liberalnya itu. Malah, Dr. musdah kemudian muncul bersama para penulis buku Fiqh Lintas Agama yang membawa idea bercanggah dengan kesepakatan jumhur ulama.

Pada September 2009, Dr. Siti Musdah muncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan supaya pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa diberikan kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem berjudulMenculik Miyabi.

Bagaimanapun, klimaks kepada pendirian liberal Dr. Musdah ialah apabila beliau mahu dihalalkan sesuatu yang sudah terang dan jelas diharamkan oleh Islam, iaitu homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay.

Keberanian Dr. Siti Musdah ini antara lainnya telah beliau nyatakan dalam sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis Islam Liberal Indonesia pada 31 Mac yang lalu di Jakarta. selesai perbincangan itu, Dr. Musdah sebagai ketuanya tampil dengan resolusi yang sangat mengejutkan iaitu: "Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama."

Musdah mulia1
Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.
Musdah_mulia-WM-1b
Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat


Pengharaman homoseksualiti, dakwa Dr. Musdah, sebenarnya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan, tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa.

"Bercakap tentang takwa, hanya Allah yang layak menghakiminya. Intipati ajaran Islam ialah memanusiakan manusia, hormat menghormati dan menjaga maruah mereka," tegas beliau.

Pandangan Dr. Musdah ini disokong oleh Pengarang Urusan majalah Mata Air, Soffa Ihsan. Soffa turut bersetuju homoseks, gay dan lesbian boleh diamalkan dengan alasan kepelbagaian dan kesamarataan, termasuk dalam soal seks. Untuk itu, kata Soffa, ijtihad baru mesti dilakukan supaya masyarakat tidak beku dalam pemikiran lapuk.

Anehnya, seorang wakil dari Nahdatul Ulama (NU), Nurofiah yang turut menyertai perbincangan itu juga menyatakan sokongannya kepada Dr. Musdah dan homoseksual. Ahli NU itu berhujah, homoseksual diharamkan hanya kerana ia dibantah oleh majoriti anggota masyarakat, bukannya oleh agama.

Seorang lagi peserta perbincangan tersebut pula mengatakan, atas dasar kepelbagaian itu tadi, Indonesia sendiri sebenarnya menerima homoseksualiti. Sebagai contoh, masyarakat Bissu di Makassar bukan setakat menerima homoseksual, malah meletakkan orang itu di tempat yang tinggi. Masyarakat Penorogo juga dikatakannya mengamalkan homoseksual.

Bagaimanapun, pandangan Dr. Musdah dan sahabat-sahabat liberalnya ini disanggah keras oleh golongan agama di Indonesia, terutamanya Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia. Pengerusi MUI, Amir Syarifuddin mengecam dengan berkata, "Ia berdosa. Kami bukan kata orang yang mengamalkan homoseks itu musuh, tetapi kami mahu mereka tahu apa yang mereka buat itu salah di sisi agama."

Pengerusi HIT, Rokhmat pula menggesa mereka yang mengamalkan homoseksual dan yang menyokong perlakuan itu supaya segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Nahdatul Ulama Indonesia (NU), sebuah pertubuhan yang dianggotai Dr. Musdah turut menjauhkan diri daripada tokoh femenisme berfikiran liberal itu. Pemimpinnya, Abdullah Syamsul Ariffin menempelak dengan berkata, memang Dr. Musdah ahli NU, namun ideanya itu tidak sejalan dan tidak dipersetujui oleh NU. "Soal pemikiran memang hak setiap orang. Jadi dia memiliki pemikiran seperti itu merupakan hak dia," kata Abdullah.

Melihat kepada kelantangan Dr. Siti Musdah itu, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini pula tanpa ragu-ragu mengatakan wanita itu memang 'berani'. "Dr. Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversi dan mengejutkan banyak pihak."

'Berani' yang dimaksudkan oleh Adian bukanlah berani menyatakan kebenaran untuk menghancurkan kebatilan atau kezaliman, tetapi berani mengubah-ubah hukum Islam sambil menganggap dirinya sebagai mujtahid.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pelbagai penghargaan telah diraih oleh Dr. Musdah atas besarnya 'sumbangan serta keberanian melawan pemikiran tradisi.'

AnwarParlimenReligous
Musdah Mulia (tengah) bersama Anwar Ibrahim dalam program Parlimen Agama Dunia (The Parliament of World's Religions), di Melborne, Australia pada 4-5 Disember 2009.


Untuk pengetahuan anda, sebelum penghargaan dari Itali ini, Dr. Musdah pernah menerima Anugerah Wanita Gigih Antarabangsa pada 7 Mac 2007, dari kerajaan Amerika Syarikat. Majlis penganugerahan itu dilakukan sendiri oleh Menteri Luar AS ketika itu, Condolezza Rice di pejabat Kementerian Luar AS, Washington DC.

Apa yang menarik, Dr. Musdah memberitahu, dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk menguruskan visa dan terbang ke negara berkenaan, dan semuanya dapat dibereskan dengan mudah.

Dr. Musdah sememangnya seorang yang berani. Jika tidak berani, tidak mungkin sejurus selepas menerima anugerah II Premio Internazionale La Donna dell 'Anno Year 2009, beliau memberitahu sebuah akhbar Itali bahawa, "Aku tidak takut orang-orang yang menghalangi pekerjaan aku."

Sedikit lagi fakta ringkas Dr. Siti Musdah Mulia

Lahir di Bone, Sulawesi Selatan pada 3 Mac 1958. Beliau adalah Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007, iaitu sebuah NGO yang mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan.

Dr. Musdah juga merupakan Penasihat Kanan kepada Menteri Hal Ehwal Agama (1999-2007) dan melalui institusi itu, serta atas kapasitinya sebagai Kordinator Pasukan Pemerdanaan Gender, pada 2004 beliau melancarkan The Counter Legal Draf-Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) yang mencetuskan kontroversi itu.

Selain itu, Dr. Musdah adalah Ketua Bahagian Penyelidik Majlis Ulama Indonesia (MUI) mulai 2000-2005 serta fellow pelawat kepada pelbagai universiti. Sehingga kini beliau telah menulis pelbagai buku, antaranya Muslimah Reformis, Islam Mengkritik Poligami sertaIslam dan Inspirasi Kesamaan Gender.

sumber Al Islam, Februari 2010

Monday, January 18, 2010

FAKTA SEJARAH DIPUTARBELITKAN.JOM TGK!

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini......

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3:
selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso:
selamat pagi


Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3:
Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…


He,,,he,,,he,,,

Sunday, January 10, 2010

Kenapa Wak Tentang....................


















Salam 2 all.
Saya perturunkan diatas contoh risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara kita.

Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:

Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:

At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika. Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadiMuslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Muharram 1431
07 Januari 2010

~DIAMBIL DARI BLOG YB ZULKIFLI NORDIN

Friday, January 8, 2010

PERBUATAN MEMBAKAR GEREJA ADALAH PERBUATAN YG BODOH!






Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.

Perbuatan ini apa yang pasti adalah reaksi terhadap keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini,keputusan yg wak rasa akan menimbulkan banyak permasalahan dari kebaikan. Seperti apa yg tercatat di dalam perlembagaan agama lain boleh diamalkan secara bebas tanpa mengganggu perasaan dan ketenteraman penganut agama persekutuan. Inilah apa yang wak cuba sampaikan.Ada juga sesetengah rakan wak menegur wak supaya tidak membincangkan isu tanpa ilmu agama yg tinggi takut nanti akan lebih menyesatkan. Itu wak setuju tetapi salahkah kalau wak ingin membincangkannya dari legal point of view? Salahkah jika wak ingin bincangkan perkara tersebut dgn memandang jauh ke hadapan terhadap kesan yang akan berlaku? Bagi wak xsalah. Tetapi mungkin kepada mereka ia adalah salah kerana yg layak utk membincangkannya adalah dari ulama-ulama yg datang dari golongan mereka sendiri.

Tidak pasti siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut. Wak rasa mungkin ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air keruh. Mungkin mereka cuba untuk mengucar kacirkan keamanan di Malaysia.Wak xterkejut kalau ada yg cuba melaga-lagakan muslim dgn kristian di negara ini. Oleh itu, kepada rakyat malaysia terutama muslim jangan cepat melatah. Istighfar banyak-banyak dan ambil langkah keselamatan. Wak harap orang islam tidak terlibat dalam kejadian ini.

Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" (baca sini). Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (baca).


Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini. Ya Allah jauhilah kami dari peristiwa 13 berdarah. Amin.





Tuesday, January 5, 2010

Petisyen Bantahan On-line!



Sila layari http://www.muslimconsumer.org.my/herald/ untuk membantah penggunaan perkataan allah.

wak merupakan muslim yang ke-7131
AYUH TUNGGU APA LAGI?



KLIK UTK LIHAT DGN LEBIH JELAS

Friday, January 1, 2010

Hasil Islam For All. Satu lagi kejayaan PAS.


High Court grants Catholic publication Herald the right to use ‘Allah’ word again


KUALA LUMPUR: The Catholic weekly Herald is now free to use the word “Allah” in its publication after the High Court quashed the Home Minister’s prohibition against it using the word, declaring the order as “illegal, null and void.”

In her decision, Justice Lau Bee Lan also declared that under Article 3(1) of the Federal Constitution, applicant Titular Roman Catholic Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam had the constitutional right to use “Allah” in theHerald in the exercise of his right that religions other than Islam might be practised in peace and harmony in the country.

She further ruled that the Constitution, which states Islam as the country’s religion, did not empower the minister to make such a prohibition.

“In pursuant to Article 10, the applicant also has the right to use the word ‘Allah’ in the Herald in the exercise of his right to freedom of speech and expression,” she said in her oral judgment yesterday to a packed courtroom.

Justice Lau ruled as grounds for her judgement that both the respondents – the minister and the Malaysian government – had failed throughout the trial to prove how the use of the word “Allah” could threaten national security.

On Jan 7 last year, the Home Ministry had approved the Herald’spublication permit on condition that the usage of the word “Allah” was prohibited and the word “Limited” (Terhad) be endorsed on its front page to mean that it must be circulated only among Christians.

The minister had prohibited the usage on grounds of national security and to avoid misunderstanding and confusion among Muslims.

The Archbishop, as Herald’s publisher, had filed an application on Feb 16 for a judicial review to seek a declaration that the minister’s decision for the prohibition was illegal and that the word “Allah” was not exclusive to Islam.

Representing the Archbishop were counsels Porres P. Royan and S. Selvarajah while senior federal counsel Datuk Kamaludin Md Said stood for the respondents.

Following the ruling, Kamaludin sought a clarification for the decla ration to be only confined for the permit in question, which was for the period from Jan 1 to Dec 31 last year, and not future permits.

“It does not relate to an order or decision relating to future permits,” he said, adding that future permits would require a fresh application.

However, Royan argued that the permit for the period between Jan 1 and Dec 31 this year had already been issued, subjected to the same condition pending the court’s determination on the matter.

“The order speaks for itself. I believe the minister will be bound by the words he has used and that he will respect the court’s decision.

“Of course, they have other remedies. The court has granted declarations to allow the use of the word “Allah” that must bind the parties,” he said.

Kamaludin then said he would seek direction from the minister on whether they would file a stay of execution application or an appeal.

In an immediate reaction, Herald’s editor Father Andrew Lawrence told the press that this was a “long-awaited” decision, hailing it as a “landmark case for our nation”.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said they would appeal the decision.


Komen wak=

1) Wak betul-betul kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap penggunaan perkataan 'ALLAH' dalam majalah HERALD. Sekali lagi, melayu terpaksa beralah walaupun ianya berkaitan dengan maruah mereka sendiri dan agama yg selama ini mereka pertahankan. Angin-angin kehilangan hak istimewa terhadap Islam sudah terasa. Angin yg sepoi-sepoi bahasa tapi menusuk sejuk di dalam tubuh. Selepas ini apa lagi?

2)Adakah kerana satu kuasa politik, kita terpaksa mengorbankan segalanya? Termasuk agama, bangsa dan negara sendiri? Kenapa si anuwar perlu memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia walaupun itu adalah negara yg dia dilahirkan dan begitu kemaruk utk memerintah? Kenapa setelah geng2 ngeh,ngah,ngok menyampaikan ceramah politik sambil membaca ayat al-quran yg kita sendiri xpernah dengar, tetapi ada segelintir daripada kita yg membenarkan perbuatan tersebut dengan mengatakan, 'xpalah,itu menunjukkan pas dah berjaya mendedahkan Islam terhadap mereka,' Yg menjadi persoalannya adalah, kenapa perlu dilakukan di dalam satu ceramah politik klu bukan mempunyai niat buruk yg lain? Adakah ini yg dimaksudkan oleh PAS ttg ISLAM FOR ALL?

3)Satu hari nanti jgn terkejut kalau anak cucu kita bertanyakan "Jika Allah itu tuhan bagi orang Islam dan orang Kristian, siapa yang Allah lebih sayang?" Apakah jawapan saudara-saudara sekalian?

4)Kalau anak cucu bertanya soalan ini, setelah Kristian dbenarkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab bible, doa2 mereka dan segala aktiviti mereka..'Adakah Allah itu satu ( ahad) atau 3+1(trinity)?

5) Sememangnya di muka depan HERALD ada tertulis perkataan LIMITED yakni pengedaran HERALD tersebut hanya dibenarkan utk kristian sahaja tetapi adakah kita akan mempercayai mereka? Tentulah tidak kerana sebagai seorg Islam kita sudah tahu bahawa Kristian dan Yahudi akan sentiasa memerangi kita. Majalah HERALD ini boleh diulang cetak sebanyak yg mungkin dan diberikan kepada pemuda pemudi melayu yg telah songsang akidah mereka. Ini adalah sesuatu yg tidak mustahil.

6) In her decision, Justice Lau Bee Lan also declared that under Article 3(1) of the Federal Constitution, applicant Titular Roman Catholic Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam had the constitutional right to use “Allah” in theHerald in the exercise of his right that religions other than Islam might be practised in peace and harmony in the country.

Berkaitan dengan kenyataan tersebut,wak rasa keputusan adalah tidak berasas berdasarkan:

Article 11(1) reads- "Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to clause (4), to propagate it."

Article 11(4) states that- " State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam."

Berdasarkan pada artikel 11 diatas, ia adalah satu kesalahan menyebarkan pegangan agama-agama lain selain dari agama Islam terhadap umat Islam di Malaysia. Bagi wak, tujuan penggunaan perkataan Allah ini adalah semata-mata satu usaha utk memudahkan penyebaran agama kristian kepada mereka yg beragama islam terutama kepada belia-belia Islam di seluruh Malaysia. Daripada apa yg wak tahu, artikel 11 ini adalah antara artikel yg ditentang oleh penganut agama Kristian dan kali ini mereka berjaya mempermainkan artikel tersebut. Adakah kita umat islam akan berdiam diri? Di mana peguam Islam yg hebat? Di mana mereka semua?

7) Kenapa org Kristian tidak mahu meletakkan ketenteraman, keamanan dan kedamaian negara sebagai satu keutamaan? Kenapa perkara ini perlu dijadikan isu oleh mereka? Setelah masjid, kemudian penggunaan Allah,lepas ni apa lagi?

8)Ke mana ustaz-ustaz dari PAS yg begitu merasakan mereka lebih ISlam dari org ISlam yg lain pergi? Mana suara mereka? Adakah mereka akan bersependapat dgn kerajaan agar penggunaan perkataan Allah hanya untuk org islam atau mereka akan terus melaungkan PAS ISLAM FOR ALL dan menyalahkan kerajaan terhadap isu ini dan menjadikan isu ini dalam PRU13 yg akan datang? Kita tunggu dan lihat.