Followers

Tuesday, July 27, 2010

Bulat air kerana Pembetung,bulat manusia kerana muafakat

Bergabung, Melayu yang Untung


Selesai Wak mengerjakan solat fardhu wak terpandang rakan wak yang sedang asyik membelek-belek surat khabar berita Harian,wak terpanggil untuk menyuruh beliau membaca satu artikel di dalam ruangan surat & emel yang bertajuk “UMNO, PAS PERLU MENGINSAFI NASIB MELAYU.” Tiada niat buruk langsung yang terlintas di hati Wak untuk menimbulkan pergaduhan. Wak cuma berharap dia boleh membaca artikel tersebut dan menilai mengikut pemahaman sendiri.

Tetapi lain pula yang jadi, mungkin semenjak kecil lagi beliau telah ditanam dengan perasaan prejudis dan sangka buruk yang mendalam terhadap ahli UMNO sehinggakan beliau sanggup untuk bertanyakan Wak satu soalan yang seolah-olah mempertikaikan iman Wak sebagai seorang Muslim.

Beliau bertanya, “ Wak, kalau diberi pilihan antara Melayu dan Islam, mana yang ko pilih?”

Wak menjawab, “Melayu dan Islam datang dengan satu pakej, tiada sebab untuk persoalan sebegitu diajukan kepada aku.”

Rakan Wak terus mengatakan yang Wak telah silap. Melayu dan Islam tidak sama. Memang Melayu dan Islam tidak sama. Kedua-dua ini merupakan dua entiti yang berbeza. Melayu adalah terma yang diberikan kepada bangsa melayu manakala Islam adalah agama Allah.

Satu persamaan yang terdapat hanyalah setiap Melayu yang lahir di Malaysia ini dilahirkan sebagai seorang Islam, setiap bayi yang baru dilahirkan akan didengarkan azan di telinganya. Mengikut apa yang terkandung dalam sistem undang-undang Malaysia, Melayu yang lahir mesti dilahirkan sebagai seorang Islam/Muslim, tetapi tidak semua Muslim adalah Melayu. Oleh itu, sebut sahaja Melayu, kita tahu Melayu itu adalah dari golongan yang beragama Islam. Kalau melayu itu bukan Muslim,maka beliau bukan lah dari bangsa Melayu. Jadi tidak timbul persoalan untuk memilih antara Melayu atau Islam.

Soalan tersebut betul-betul menguji kesabaran Wak, seolah-olah mengatakan yang semua Melayu di dalam UMNO itu semuanya kafir. Permintaan Wak untuk menyuruh beliau menilai artikel tersebut mengikut pendapat beliau dah bertukar menjadi peperangan mulut antara kami berdua. Tentang gabungan UMNO dan Pas Wak tidak merasa ralat pun tentang penggabungan tersebut, sebabnya yang akan untung adalah bangsa Melayu kita yang mana semuanya adalah Islam. Apa salahnya kalau UMNO dan PAS lupakan sengketa lama dan kesilapan masa lampau dan bergabung demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu?

Untuk ketika ini, yang betul-betul berhasrat untuk bergabung adalah UMNO.Ini dapat dibuktikan apabila seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Timbalan Perdana Menteri sendiri, mempelawa PAS untuk bergabung untuk sekian kalinya dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan jika parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tertinggi. Seperti yang dijangkakan, pelawaaan tersebut disambut dengan kata-kata bahawa UMNO sudah lemah dan sebagainya.

Lebih elok kalau kedua-dua parti dapat mengenepikan ego masing-masing supaya tidak menimbulkan pergaduhan sekaligus membantutkan usaha penggabungan antara PAS dan UMNO. Sudah masanya untuk bangsa Melayu bergabung semula dgn menjadikan Islam sbg asas penyatuan. Persoalan untuk siapa yang akan mengetuai parti gabungan tersebut kita letak tepi dahulu demi menjaga keharmonian parti tersebut sebabnya itu BUKAN agenda utama.

Nak harapkan PKR,xpayahla. Memang dah terang-terang yang PKR ni parti yang mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza. Impian untuk bergabung hanya tinggal impian. Entah keadilan dan hak apa lah yang PKR ni perjuangkan pun Wak xpasti, tapi apa yang Wak Nampak perjuangan untuk keadilan dan hak Bang Nuar jadi Perdana Menteri , itu sahaja. Reformasi hanya tinggal roti basi.

Mungkin benar lah apa yang DEPA selalu kata tu, org Pas konferm masuk syurga, org UMNO konfem masuk neraka.

p/s = Berbalik kepada soalan yang rakan Wak ajukan tadi, selama ni DAP dok perjuangkan Islam ka?? Depa dah kena kencing la bro...kekekekeke




Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

*wakdanial*

Saturday, July 3, 2010

Ranjau Berduri


Kena Ranjau Hidup-Hidup!! Ajaq Pala Hangpa la Weyh!

Ranjau secara ringkasnya bermaksud TIPU dalam loghat orang Pulau Pinang. Sapa yang kena ranjau? Bagi wak, seluruh Melayu Pulau Pinang dek akibat terpedaya dengan janji-janji dan manifesto-manifesto yang ditaburkan oleh Parti DAP. Lepas satu masalah ke satu masalah yang lain, itulah yang dapat dirasai oleh Melayu Pulau Pinang. Kalau sebelum ini kes yang berkaitan dengan penduduk India Kg Buah Pala yang telah dihalau dari kampong mereka atas tujuan untuk memberi laluan kepada pembangunan, kini tiba sudah giliran kampong Melayu.

Sewaktu kes Kampung Buah Pala kecoh, parti pimpinan KALIPAH dengan senang menuduh kerajaan terdahulu. Kali ini apa lagi alasan yang nak diberikan oleh KALIPAH??

Hilangnya Kg Melayu


16 buah rumah orang Melayu di Kg Pokok Asam akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada sebuah projek perumahan kerajaan negeri. Projek perumahan berkenaan akan dibina dengan kediaman-kediaman berharga RM800,000 sebuah. Bayangkan harga kediaman projek tersebut berharga lebih setengah juta tetapi pampas an yang diberikan kepada penduduk kampong hanya berharga RM75,000 sahaja.

Kalau projek pembangunan itu perlu sangat pun dan memang tidak dapat dielakkan, mintak sangat-sangatlah supaya pampas an yang diberikan berpatutan. RM 75,000 boleh ka beli rumah dekat tengah-tengah Georgetown nih? Harga sebuah rumah teres dekat Bertam, Kepala Batas pun harganya RM80,000 itupun harga 5 tahun yang lalu,inikan pulak harga sebuah rumah dekat Georgetown yang orang panggil ‘TANAH EMAS’ ni. Takkan kerajaan negeri  xboleh pikir? Ada akai pikiaq la. Laenlah kalau kerajaan negeri memang berniat nak halau orang Melayu Pulau Pinang keluaq dari Pulau Pinang dan berpindah ke Sg Petani yang harga rumahnya jauh lebih murah dari harga rumah di Pulau Pinang.

Kampung Pokok Asam didiami oleh lebih 200 penduduk kampong yang mana setiap rumah ada lebih kurang tiga buah keluarga. Kalau boleh dapat pun sebuah rumah teres dengan harga 75 K tu, muat ka kalau nak sumbat tiga keluarga dalam sebuah rumah teres? Memang dengan projek mewah sebegini akan menguntungkan kerajaan negeri dan memang cukup baik dalam memulihkan industry pelancongan di Pulau Pinang tapi janganlah sebab kelabu asap dengan keuntungan, kebajikan rakyat Pulau Pinang sendiri diabaikan oleh kerajaan negeri. Kalau macam tu apa yang bezanya antara pemimpin parti pakatan dengan pemimpin parti barisan?

Lepas Kampung Pokok Asam, kampong yang seterusnya adalah Kampung Binjai. Dilaporkan 50 buah rumah akan digantikan dengan pembinaan rumah berkembar tiga tingkat berharga lebih kurang RM 500,000 setiap satu. Sekali lagi, pampas an yang dibuat tidak munasabah dan tidak adil bagi penduduk Kg Binjai. Kalau penduduk Kampung Buah Pala boleh mendapat pampasan yang lebih lumayan, kenapa tidak penduduk Kg Binjai dan Kg Pokok Asam? Xdapat Binjai, Benjoi yang melekat kt muka nanti....

Haa, pemimpin UMNO, hgpa dok tunggu pa lagi?? Cargas la buat kerja...

 

 

Kafe Do Re Mi



Kafe Do Re Mi baru ja dirobohkan oleh majlis perbandaran apabila didapati bertapak di atas tanah kerajaan negeri. Setelah sekian lama beroperasi, berkongsi kisah pahit manis,suka duka dan lara dengan pengunjung-pengunjung setia tanpa dikacau oleh majlis perbandaran, bila DAP ambil alih ja, BOOM!! Kafe Do Re Mi jatuh rebah ke tanah.

Baru-baru ni kawan Wak bukak cerita pasai Kafe ni.Dia kata dia pernah buat barbeku kat situ.Kawan wak kata Kafe Do Re Mi ni dikelilingi oleh rumah-rumah mewah yang dibina berdekatan dengan pantai. (alah stended la orang-orang kaya nih,bajet dok kt Miami kot) Kawan Wak kata, salah satu daripada sebab kafe ni dirobohkan adalah sebab kafe ni terlalu bising sehingga menganggu ketenteraman penduduk-penduduk rumah mewah nih. (nak dok tenteram,pi dok dalam hutan la weyh),tambah rakan Wak lagi, ada sesetengah rumah yang dibina dah masuk kawasan tanah kerajaan tapi xpun dikacau oleh majlis perbandaran. Pemilik rumah tu mesti satu geng hang kan KALIPAH MOTHER F-ER.Ada elemen-elemen double standard ka kt sini? Depan penyokong hangpa,bukan main lagi AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,ADIL LA,SAKSAMA LA,TELUS LA, APA JADAH LAGI NTAH. Teloq hang la KALIPAH MOTHER F-ER weyh!

Dan yang paling ironic sekali, pemilik Kafe Do Re Mi ni adalah penyokong tegar PKR. Haa..tu la hang dulu bukan main dok ludah lagi,ludah sana,ludah sini, sekarang ni semua jatuh kt muka hang balik. Dok puja sgt Bang Nuar hang tuh, sekarang dia boleh buat apa? Dia Boleh tolong hang ka? Xdak la weyh. Hang kena ingat hang tu sapa. Hang boleh tolong dia pi Putrajaya?? Kalau xboleh jangan mimpi la dia nak tolong hang. Senyum kambing la sekarang. Pi tukaq parti cepat-cepat la weyh.

 Balik Pulau

Sebagai seorang yang membesar dekat sini, hati Wak betul-betul dekat dengan Balik Pulau. LekLau yang dulu dengan sekarang dah jauh berbeza dah. Kalau dulu stesen bas kecik dkt tgh2 pekan, tapi sekarang stesen dah besaq,canggih, dan lagi lawa. Kalau dulu xdak KFC,xdak McD, tapi sekarang dah ada dah, kalau dulu xdak Kassim Mustaffa tapi sekarang, dah ada dah. Bagi Wak itu adalah pembangunan yang perlu untuk rakyat Balik Pulau Cuma pembangunan yang Wak against adalah bila dapat tahu, ada kawasan lereng bukit Balik Pulau akan ditarah jadi kawasan perumahan kediaman mewah. Mewah sangat ka kalau duduk sorang -sorang kt dlm hutan atas bukit tu? Habaq mai kat Wak. Bukit LekLau tu dah la fragile.Bila hujan lebat ja ada la tanah runtuh. Xdak projek perumahan pon dah ada tanah runtuh inikan pulak nak buat projek perumahan. Nak mati ka? Gila la weyh. Tolong la kekalkan keadaan sebuah perkampungan dekat pekan Balik Pulau ni.Janganlah sampai satu hari nanti Balik Pulau jadi tempat tinggal untuk THE RICH AND FAMOUS  sahaja.

 Yusmadi Yusuf


Wahai orang muda,

 jangan terlalu mendabik dada di atas kemenangan kamu di PRU 12 tempoh hari. Buat pengetahuan kamu. Kemenangan kamu disebabkan undi protes orang Melayu Balik Pulau terhadap kerajaan BN yang telah mencalonkan Dr Norraesah.Macam mana Wak tahu? Wak tahu sebab Wak ada dekat sana bro.

Wahai orang muda,

Jangan terlalu berpolitiking sampai terlupa akan kebajikan rakyat Balik Pulau. Lu ingat lu boleh tahan lama ka olang muda? Jangan mimpi di siang hari la. Wak dah lama memerhati kamu nih. Apa yang kamu dah buat untuk rakyat Balik Pulau? Jadi 15 MP yang nak jatuhkan Kalid Gagap? Woi budak hingusan! Jaga tempat hang dah la mangkaq ubi oi!

Wahai orang muda,

Kelayakan pelajaran kamu, kepetahan bercakap kamu tidak akan menambat hati rakyat Balik Pulau selama-lamanya. Apa yang rakyat LekLau nak adalah seorang pemimpin yang sedia berbakti untuk mereka dan lebih utama pemimpin yang xbanyak POLITIKING macam kamu tu. Blog kamu pun last update 27 April 2010, itupun tajuk kamu>> JUSTICE FOR ANWAR IBRAHIM.

Wahai orang muda,

Ini bukan amaran, ini satu teguran. Buang yang keruh, ambil yang jernih.


Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

 

*wakdanial*


Friday, July 2, 2010

ChiLLaX BoLa Part I

02 Julai 2200H 2010

OPERATION CODENAME ‘KASSIM MUSTAFA’

2030H

Sebaik sahaja selesai briefing AKU sebagai Ketua Platun dan dua lagi rakan masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal bergerak ke kawasan musuh. Cuaca hari ini menyebelahi kami. Hujan hanya renyai-renyai walaupun angin bertiup kencang memudahkan pergerakan kami menyusup masuk ke kawasan musuh.

Tugas kali ini adalah tugas yang paling mencabar setakat ini. Lebih sukar dari Afghanistan mahupun Vietnam yang pernah AKU lalui.  Keputusan peperangan kedua-dua  Negara iaitu Belanda dan Brazil begitu penting bagi memastikan kemenangan mutlak buat Spain.

Tugasan kali ini :-

i)                    KENALPASTI SETIAP KELEMAHAN & KELEBIHAN MUSUH

ii)                   MENYELINAP MASUK KE DALAM KAWASAN MUSUH

iii)                 MENYAKSIKAN SETIAP DETIK PEPERANGAN TERSEBUT (IN HD TU BEB)

iv)                 DAN YANG PALING PENTING ‘SURVIVE THE WAR’

2100H

Kelibat musuh masih belum kelihatan. Tiada tanda-tanda pergerakan musuh bergerak. Hanya sayup-sayup bunyi semboyan dari jauh kedengaran, menandakan kesediaan Negara masing-masing untuk bertempur.

 

2200H

Penantian itu sememangnya satu penyiksaan ditambah lagi dengan keadaan sekeliling yang lembap. Unggas-unggas dan nyamuk-nyamuk hutan sering kali hinggap di pipi. Sebagai salah seorang anggota perisik Harimau Malaya, semua ini sudah menjadi kebiasaaan. Bak kata pepatah, ‘alah bisa,tegar biasa.’ Kami masih setia menunggu di kedudukan masing-masing. Kedudukan kami cukup strategic, xterlalu jauh mahupun terlalu dekat dengan kawasan pentempuran. Terlalu jauh menyebabkan kami mungkin tidak akan dapat apa yang kami inginkan dan kalau terlalu dekat pulak, mungkin akan menyebabkan SEVERE NECK PAIN setelah peperangan selesai. Setelah mengambil kira kemungkinan yang akan dihadapi, kami setuju dengan kedudukan semasa kami.

 

 

 

Apa yang ditunggu-tunggu telah tiba, musuh telah kelihatan dengan Brazil memakai celoreng berwarna hijau kuning mereka manakala Belanda dengan celoreng yang lebih meriah, warna oren. Kelibat tunggak utama Brazil, codename ‘KAKA’ kelihatan tenang sebelum peperangan bermula. Sesekali senyuman ‘ konfiden akan menang’ terukir di wajahnya manakala tunggak utama Belanda,codename ‘SNEIJDER’  pula hadir dengan wajah yang lebih focus, jelas menampakkan kegusaran beliau terhadap reputasi Brazil sebagai satu pasukan tentera yang kejam dan penuh dengan firepower.

Di bawah adalah sedikit intel yang telah diperolehi;

(suasana semasa perang)


Codename ‘kaka’

(riak muka konfiden)


Codename ‘sneijder’

(lihat di riak mukanya yang kelihatan resah)

 

2235H

Brazil bermula garang. Brazil Berjaya merobek pertahanan Belanda dengan mudah sekali. Pertahanan Belanda yang dikemudi oleh codename ‘van bommel’ ternyata lemah, seakan-akan sebuah pertahanan dari unit PALAPES. Harapan tinggi yang terletak di bahu codename ‘sketelenburg’ dubbed THE SKELETON by his own squad, terbukti terlalu berat. Ayam tambatan Brazil codename ‘ROBINHO’ ternyata begitu hebat. Keadaan di kem tentera Belanda sunyi seketika, masing-masing tergamam dengan serangan awal tersebut. Namun, api semangat juang tentera Belanda masih hangat membara.

 

 

 

2310H

BOoM!! Benteng hadapan Brazil berkecai akibat tembakan bertubi-tubi dari artileri Belanda yang dikepalai oleh codename ‘SNEIJDER’.  Peperangan di antara dua buah kuasa besar ini terbukti sengit. Water bottle AKU yang penuh dengan teh tarik sebelum ini telah AKU kosongkan sebaik sahaja waktu STAND DOWN bermula. Waktu STAND DOWN ini aku manfaatkan sebaik mungkin untuk mengisi water bottle AKU dengan teh tarik, AKU juga sempat menyelinap ke benteng hadapan Brazil yang musnah terkena tembakan artileri untuk melihat-lihat sama ada mereka ada meninggalkan peluru berlebihan yang amat berguna untuk kami nanti. Malangnye,semua yang ada disitu telah musnah  (kias je nih, padahal AKU pergi BSN, tgk elaun PALAPES masuk ke belum,tapi hampeh)

2340H

Tembakan bertubi-tubi dari senjata berat Belanda terbukti terlalu berat buat Brazil,ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pegawai mereka bergaduh sesame sendiri. Akibat pergaduhan dalaman tersebut, sekali lagi, tembakan artileri yang sentiasa menyambut setiap tembakan senjata berat Belanda menghancurkan kubu Brazil sama sekali. Tentera Belanda  menyambutnya dengan sorakan ‘HAIL HITLER’ berkali-kali. Kali ini, Belanda tampak yakin akan kemenangan mutlak ke atas Brazil.

Tush! Tush! Tembakan dari penembak tepat Belanda codename ‘ROBBEN’ telah Berjaya mengorbankan seorang pegawai Brazil codename ‘FELIPE NESCAFE’. Pegawai memerintah Tentera Brazil codename ‘DUNGA’ masih belum mahu mengalah. Beliau melantik salah seorang pegawai muda beliau codename ‘NILMAR’ untuk menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh ‘FELIPE NESCAFE’. Ternyata kekurangan pengalaman menyebabkan ‘NILMAR’ kelihatan gugup dan mendedahkan lagi kelemahan Brazil. Untuk mengelakkan kekalahan yang lebih teruk Pegawai Memerintah Brazil,’DUNGA’, bersedia untuk berundur dari medan peperangan.

Semboyan pengunduran dibunyikan menandakan kemenangan berpihak kepada tentera Belanda, THE ORANJE. Kemenangan Belanda ke atas Brazil membuktikan Belanda adalah sebuah kuasa yang perlu diambil perhatian!!

0000H

Misi Berjaya. Kami bertiga Berjaya memenuhi segala keperluan misi kali ini. Tiada anggota yang terkorban dilaporkan. Markas memberi isyarat ‘PULANG’.

0030H

Tiba di markas bersama-sama dengan intel-intel yang dikehendaki.

Intel-intel yang berjaya diperolehi:


(keadaan selepas kemenangan tentera Belanda)


(‘sneijder’ malu-malu selepas artilerinya berjaya mengecewakan tentera Brazil)

*lihat baju oren seakan merah tersebut, itu adalah ‘sneijder’


(‘DUNGA’ sebelum menyerah kalah)




WANTED

(subjek yang perlu dihapuskan; codename ‘ROBBEN’)

*see the head 

BAHAYA UNTUK SPAIN!




p/s = Flamingos are mean. They bite, so do the naked native girls.