02 Julai 2200H 2010
OPERATION CODENAME ‘KASSIM MUSTAFA’
2030H
Sebaik sahaja selesai briefing AKU sebagai Ketua Platun dan dua lagi rakan masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal bergerak ke kawasan musuh. Cuaca hari ini menyebelahi kami. Hujan hanya renyai-renyai walaupun angin bertiup kencang memudahkan pergerakan kami menyusup masuk ke kawasan musuh.
Tugas kali ini adalah tugas yang paling mencabar setakat ini. Lebih sukar dari Afghanistan mahupun Vietnam yang pernah AKU lalui. Keputusan peperangan kedua-dua Negara iaitu Belanda dan Brazil begitu penting bagi memastikan kemenangan mutlak buat Spain.
Tugasan kali ini :-
i) KENALPASTI SETIAP KELEMAHAN & KELEBIHAN MUSUH
ii) MENYELINAP MASUK KE DALAM KAWASAN MUSUH
iii) MENYAKSIKAN SETIAP DETIK PEPERANGAN TERSEBUT (IN HD TU BEB)
iv) DAN YANG PALING PENTING ‘SURVIVE THE WAR’
2100H
Kelibat musuh masih belum kelihatan. Tiada tanda-tanda pergerakan musuh bergerak. Hanya sayup-sayup bunyi semboyan dari jauh kedengaran, menandakan kesediaan Negara masing-masing untuk bertempur.
2200H
Penantian itu sememangnya satu penyiksaan ditambah lagi dengan keadaan sekeliling yang lembap. Unggas-unggas dan nyamuk-nyamuk hutan sering kali hinggap di pipi. Sebagai salah seorang anggota perisik Harimau Malaya, semua ini sudah menjadi kebiasaaan. Bak kata pepatah, ‘alah bisa,tegar biasa.’ Kami masih setia menunggu di kedudukan masing-masing. Kedudukan kami cukup strategic, xterlalu jauh mahupun terlalu dekat dengan kawasan pentempuran. Terlalu jauh menyebabkan kami mungkin tidak akan dapat apa yang kami inginkan dan kalau terlalu dekat pulak, mungkin akan menyebabkan SEVERE NECK PAIN setelah peperangan selesai. Setelah mengambil kira kemungkinan yang akan dihadapi, kami setuju dengan kedudukan semasa kami.
Apa yang ditunggu-tunggu telah tiba, musuh telah kelihatan dengan Brazil memakai celoreng berwarna hijau kuning mereka manakala Belanda dengan celoreng yang lebih meriah, warna oren. Kelibat tunggak utama Brazil, codename ‘KAKA’ kelihatan tenang sebelum peperangan bermula. Sesekali senyuman ‘ konfiden akan menang’ terukir di wajahnya manakala tunggak utama Belanda,codename ‘SNEIJDER’ pula hadir dengan wajah yang lebih focus, jelas menampakkan kegusaran beliau terhadap reputasi Brazil sebagai satu pasukan tentera yang kejam dan penuh dengan firepower.
Di bawah adalah sedikit intel yang telah diperolehi;
(suasana semasa perang)
Codename ‘kaka’
(riak muka konfiden)
Codename ‘sneijder’
(lihat di riak mukanya yang kelihatan resah)
2235H
Brazil bermula garang. Brazil Berjaya merobek pertahanan Belanda dengan mudah sekali. Pertahanan Belanda yang dikemudi oleh codename ‘van bommel’ ternyata lemah, seakan-akan sebuah pertahanan dari unit PALAPES. Harapan tinggi yang terletak di bahu codename ‘sketelenburg’ dubbed THE SKELETON by his own squad, terbukti terlalu berat. Ayam tambatan Brazil codename ‘ROBINHO’ ternyata begitu hebat. Keadaan di kem tentera Belanda sunyi seketika, masing-masing tergamam dengan serangan awal tersebut. Namun, api semangat juang tentera Belanda masih hangat membara.
2310H
BOoM!! Benteng hadapan Brazil berkecai akibat tembakan bertubi-tubi dari artileri Belanda yang dikepalai oleh codename ‘SNEIJDER’. Peperangan di antara dua buah kuasa besar ini terbukti sengit. Water bottle AKU yang penuh dengan teh tarik sebelum ini telah AKU kosongkan sebaik sahaja waktu STAND DOWN bermula. Waktu STAND DOWN ini aku manfaatkan sebaik mungkin untuk mengisi water bottle AKU dengan teh tarik, AKU juga sempat menyelinap ke benteng hadapan Brazil yang musnah terkena tembakan artileri untuk melihat-lihat sama ada mereka ada meninggalkan peluru berlebihan yang amat berguna untuk kami nanti. Malangnye,semua yang ada disitu telah musnah (kias je nih, padahal AKU pergi BSN, tgk elaun PALAPES masuk ke belum,tapi hampeh)
2340H
Tembakan bertubi-tubi dari senjata berat Belanda terbukti terlalu berat buat Brazil,ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pegawai mereka bergaduh sesame sendiri. Akibat pergaduhan dalaman tersebut, sekali lagi, tembakan artileri yang sentiasa menyambut setiap tembakan senjata berat Belanda menghancurkan kubu Brazil sama sekali. Tentera Belanda menyambutnya dengan sorakan ‘HAIL HITLER’ berkali-kali. Kali ini, Belanda tampak yakin akan kemenangan mutlak ke atas Brazil.
Tush! Tush! Tembakan dari penembak tepat Belanda codename ‘ROBBEN’ telah Berjaya mengorbankan seorang pegawai Brazil codename ‘FELIPE NESCAFE’. Pegawai memerintah Tentera Brazil codename ‘DUNGA’ masih belum mahu mengalah. Beliau melantik salah seorang pegawai muda beliau codename ‘NILMAR’ untuk menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh ‘FELIPE NESCAFE’. Ternyata kekurangan pengalaman menyebabkan ‘NILMAR’ kelihatan gugup dan mendedahkan lagi kelemahan Brazil. Untuk mengelakkan kekalahan yang lebih teruk Pegawai Memerintah Brazil,’DUNGA’, bersedia untuk berundur dari medan peperangan.
Semboyan pengunduran dibunyikan menandakan kemenangan berpihak kepada tentera Belanda, THE ORANJE. Kemenangan Belanda ke atas Brazil membuktikan Belanda adalah sebuah kuasa yang perlu diambil perhatian!!
0000H
Misi Berjaya. Kami bertiga Berjaya memenuhi segala keperluan misi kali ini. Tiada anggota yang terkorban dilaporkan. Markas memberi isyarat ‘PULANG’.
0030H
Tiba di markas bersama-sama dengan intel-intel yang dikehendaki.
Intel-intel yang berjaya diperolehi:
(keadaan selepas kemenangan tentera Belanda)
(‘sneijder’ malu-malu selepas artilerinya berjaya mengecewakan tentera Brazil)
*lihat baju oren seakan merah tersebut, itu adalah ‘sneijder’
(‘DUNGA’ sebelum menyerah kalah)
WANTED
(subjek yang perlu dihapuskan; codename ‘ROBBEN’)
*see the head
p/s = Flamingos are mean. They bite, so do the naked native girls.
No comments:
Post a Comment