Gendang pilihan raya umum sudah semakin kuat kedengaran. Sebagai warga Pulau Pinang, saya masih tertanya-tanya apakah strategi yang dilakukan parti Gerakan untuk menawan kembali negeri ini ke pangkuan Barisan Nasional (BN).
Setakat ini tiada sebarang program untuk mendekati rakyat dan menjelaskan banyak kelemahan dalam pemerintahan DAP sekarang yang tidak pernah wujud pada zaman pemerintahan BN dulu. Saya lihat seolah-olah parti Gerakan sudah selesa dengan pemerintahan DAP, malah jika dilihat senario politik Lim Guan Eng yang biasanya hanya menyerang pemimpin UMNO menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti berkenaan.Saya sudah menetap di Pulau Pinang hampir 16tahun dan ingin berkongsi sedikit sebanyak 'kebajikan' yang kami nikmati sekarang berbanding zaman pemerintahan BN dahulu.
Pertama, sekarang kalau rakyat guna air RM30, kami terpaksa membayar hampir RM40 kerana dikenakan surcas. Lebih tinggih jumlah air lebih tinggi surcas.Pada zaman BN dahulu tidak ada surcas.
Kedua, pada zaman BN dahulu sistem pungutan sampah sangat cekap dan dikutip tiga kali seminggu tepat mengikut jadual. Jarang-jarang sekali perlu membuat aduan mengenai masalah sampah. Tetapi hari ini sampah dikutip tidak menentu masanya. Kita boleh lihat setiap rumah terpaksa menyediakan dua tong sampah kerana masalah ini. Tong sampah besar yang ada di sekitar kawasan perumahan, kena tunggu melimpah di tepi jalan, baru dipungut. Kadangkala terpaksa buat aduan kerana hilang sabar.
Keempat, kalau pada zaman BN dulu, apabila kita mengadu mengenai kerosakan lampu jalan dua tiga hari gerenti beres tetapi hari ini sebulan belum tentu siap. Malah pada zaman BN dulu setiap aduan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ada sistem trackingnya, tetapi hari ini setiap kali buat panggilan kita terpaksa ulang segala masalah kita dari A sampai Z.
Kelima, pada zaman BN pemandangan pekerja MPSP dengan mesin dan racun rumput di tepi jalan adalah perkara biasa tetapi hari ini pemandangan semak samun pula jadi perkara biasa.
Keenam, pada zaman BN dulu baik ketika perayaan Hari Raya mahupun Tahun Baru Cina kebanyakan jalan, misalnya di kawasan kediaman saya di Kepala Batas, dihiasi dengan lampu jalan yang cantik tetapi hari ini hiasan lampu jalan ketika Hari Raya Puasa dan Aidiladha sudah tidak ada di atas alasan elakkan pembaziran tetapi ketika perayaan Tahun Baru Cina pula kebanyakan jalan utama (misalnya di tempat kerja saya di Jalan Raja Uda) dihias dengan begitu hebat sepanjang tiga atau empat kilometer.
Apa yang saya sebut diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana kalau hendak diceritakan semuanya, terlalu banyak dan tidak cukup ruang dan saya mengharapkan rakyat terutama orang Melayu renung-renungkanlah sebelum mengundi.
Ini kerana walaupun BN kembali semula memerintah negeri ini, tanah Melayu yang hilang tidak mungkin boleh dikembalikan.
Md Saleh Ali
Kepala Batas, Pulau Pinang
Penulis selalu dengar orang-orang PAS marah terlampau sangat dengan orang UMNO sebab asyik dok perjuang pasai melayu tak habeh sampai Islam pon depa lupa, nih nak habaq mai betui ka orang UMNO lupa pasai Islam, awat takda ka orang UMNO pi mayang pakai kepiah, antaq anak pi ngaji, ada anak jadi tahfiz..bagi yang masih tak bley terima hakikat,kita layan video ustaz kazim sambil cicah biskut kering dengan ayaq teh o panaih.JOM LAYAN.
p/s- Punya ultra-kiasu DAP nih sampai lampu perayaan pon depa sekat untuk depa-depa ja...ceyt..GERAKAN pon sama la...puiii....asyik dok pertikai pasai melayu tapi haram xnmpak pon keja hang buat...penulis ingat penulis ja dok nampak benda nih, ada lagi yang nampak, jadi penulis tak silap nengok la yer...heheh..bila tak tau BN Penang nak bawak keluaq buletin Pulau Pinang untuk lawan buletin Pulau mutiara DAP punya tu...haishhh...lame bebenor nunggu nih haaa....
No comments:
Post a Comment