Followers

Sunday, April 22, 2012

VIDEO: 10000 Jentera BN PP sedia gempur Pakatan!!!



 


Sejurus selepas penulis pulang daripada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pulau Pinang yang dihadiri lebih daripada 10000 jentera Hardcore Barisan Nasional semalam, penulis yakin Barisan Nasional mampu untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Melihatkan semangat dan kerjasama yang diberikan dan ditunjukkan sebentar tadi, Barisan Nasional mampu menggegarkan setiap markas dan ranting-ranting Pakatan Rakyat yang menapak di bumi Pulau Mutiara ini.

Begitu juga dengan Pelantikan Setiausaha Gerakan iaitu Datuk Teng Chang Yeow oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional dengan mengantikan Senator Tan Sri Koh Tsu Koon serta merta. Ianya diumumkan di hadapan ketumbukan penuh jentera Barisan Nasional Pulau Pinang yang menerima pengumuman itu dengan tepukan yang gemuruh tanda bahawasanya Barisan Nasional Pulau Pinang setuju dan seia sekata akan mematuhi kepemimpinan yang baru dilantik itu bagi menggempur Pakatan Rakyat.

Lagi info tentang Datuk Teng Chang Yeow


Dato' Seri Najib juga menambah bahawasanya wajah sedih dan perasaan muram yang beliau pernah nampak di riak muka jentera BN ketika Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, kini kembali dengan wajah yang ceria,bersemangat dan perasaan yang berkobar-kobar untuk mengalahkan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti. Beliau berasa gembira dan terharu akan sokongan yang diberikan dan beliau yakin jentera Barisan Nasional Pulau Pinang di bawah penaungnya iaitu Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusinya yang baru dapat melakukan amanah dan tanggungjawab untuk merampas kembali Pulau Pinang.

Beliau juga menambah rakyat di Pulau Pinang sudah belajar daripada kesilapan yang lepas dan dapat membezakan bahawasanya Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan realist dan bukan populist seperti Pakatan Rakyat yang penuh dengan slogan-slogan dan propaganda semata. Dato' Seri Najib Tun Razak juga menegaskan di dalam kepala beliau masih lagi banyak idea-idea baru dan pembaharuan yang akan menguntungkan rakyat jelata khususnya dan akan dilaksanakan mengikut peringkat demi peringkat demi kesejahteraan rakyat tetapi dengan syarat, tampuk pemerintahan negara kekal berada di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan untuk rakyat.

Jentera Barisan Nasional juga dinasihatkan jangan mudah rasa selesa dengan crowd yang hadir pada hari ini, tetapi berusaha lebih keras untuk menarik minat dan menanam perasaan cinta akan kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan undi mereka memihak kepada Gelombang Biru kelak. Beliau juga berharap semangat yang telah dizahirkan oleh jentera Barisan Nasional Pulau Pinang ini akan terus dikekalkan dan diturunkan kepada generasi anak-anak bangsa yang lain agar api perjuangan Barisan Nasional tidak akan pernah padam.

Gambar di sekitar majlis:-































p/s - emmm, totok pembangkang xde nk spin isu ke? buat posting kerusi kosong ke? hehehe


No comments: