Followers

Friday, May 18, 2012

Jelajah Destini Anak Bangsa: 3781 Pelajar Diterima.Tahniah! #JDAB2012 @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak



PENGENALAN

Apa itu Jelajah Destini Anak Bangsa?

Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah ke seluruh Malaysia anjuran badan bukan kerajaan, iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA.

Program naungan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ini bertujuan untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar Bandar, pedalaman dan miskin Bandar dalam bidang pendidikan.

Siri Jelajaini memfokuskan kepada kesedaran pendidikan terutama kepentingan pendidikan tinggi dalam kehidupan. Selain itu, penekanan kepada rakyat melalui Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan diguna pakai secara menyeluruh dalam program ini.

Apa matlamat Jelajah Destini Anak Bangsa?

  • Menterjemahkan aspirasi YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat kurang berkemampuan.
  • Memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk melibatkan dan menyertai program Destini Anak Bangsa.
  • Memastikan kumpulan sasar dalam program destini anak bangsa tercapai.


Apa rasional MDAB?

Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) secara dasarnya menumpu kepada segala usaha university  mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu pross pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

Untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang berupaya terutamanya di luar Bandar yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu di peringkat tertinggi kerana factor kewangan.
Memberi peluang pendidikan kepada calon-calon yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA oleh kerana factor merit akademik yang tinggi.


APA HASIL?









Siri Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) hari ini telah meneruskan siri jelajahnya di Negeri Pulau Pinang. Empat buah lokasi telah menjadi tumpuan JDAB2012 pada hari ini ialah:

  1. Dewan Seri SMK Seri Balik Pulau
  2. Dewan SMK Dato Onn, Butterworth Penang
  3. Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan
  4. Dewan SMK Dato’ Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas


Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada 50 orang bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang lalu. Selain itu, Dato’ Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berita terbaru yang penulis terima petang tadi, hasil daripada program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia ini, seramai 3781 orang pelajar kurang berkemampuan berjaya dikenal pasti dan dikumpulkan hasil usaha dan bantuan @datosahol. Satu usaha yang bagus dalam memastikan anak bangsa  melayu yang pintar tetapi tidak berkemampuan untuk ke menara gading tidak ditinggalkan dan terbiar. Tahniah @NajibRazak kerana berjaya mengekalkan aspirasi ayahanda tercinta Allahyarham Tun Abdul Razak dalam membantu masyarakat luar bandar terutama bangsa Melayu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jelajah Destini Anak Bangsa dan apa syarat kelayakan bagi menyertai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ini, boleh rujuk perihal di dalam blog rasmi JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA. 


Terbukti Jelajah Destini Anak Bangsa adalah satu usaha yang baik hasil buah fikiran YAB Perdana Menteri. Jumlah 3781 pelajar kurang berkemampuan yang layak memasuki program MDAB adalah satu figure yang besar, dan perlu diingat program ini masih rancak berlangsung dan daripada khabaran yang diterima, team #JDAB2012 sedang berada di Kuala Perlis. Selamat berjuang di ucapkan demi agama, bangsa dan tanahair. Moga nasib anak bangsa terus terbela. 


p/s- Sedang Pakatan terus politiking,sibuk selesaikan skandal seks di kalangan pemimpin mereka, kerajaan pimpinan Dato @NajibRazak terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu selari dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia. Untuk Pakatan Rakyat, ko ada? ekekeke.








No comments: