Followers

Saturday, August 18, 2012

Universiti sibuk kejar ranking, student kena kencing


Saban tahun masyarakat menunggu ranking universiti terbaik di dunia dikeluarkan dan acap kali juga kita mendambakan ada terselit satu dua universiti tempatan yang berada di kalangan universiti TOP 100 atau TOP 50. Saban tahun juga, isu ini disensasikan dan dimainkan oleh politikus-politikus yang cuba menghentam kepimpinan sekarang dengan harapan mendapat political mileage untuk dirinya sendiri. Namun pernahkah kita fikir, tahu atau ambil tahu apakah matlamat setiap universiti ditubuhkan? Dan manakah yang lebih kita mahu lihat, universiti tempatan yang dibanjiri makhluk asing demi mengejar ranking atau universiti tempatan yang dipenuhi anak watan? Di sini penulis ingin berkongsi buah fikiran seorang tokoh berpengalaman Prof Dr. Mohamad Tajudin Rasdi, pensyarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia.




Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang akademik, apa pandangan Prof mengenai pencapaian universiti kita?

Kalau nak disimpulkan pandangan saya terhadap objektif universiti, kita kena tengok objektif universiti dululah sebelum kita tengok apa yang dikatakan pencapaian. Yang saya faham, ada dua; pertama untuk menghasilkan seorang manusia, bagi saya manusia yang bermanfaat (wholesome). Manusia yang wholesome ini adalah manusia yang kritikal pemikirannya, boleh mencari ilmu sendiri dan juga boleh membuat keputusan, mungkin mempunyai daya inovasi keusahawanan dan sebagainya dalam apa-apa hal. Manusia yang ini bagi saya penting dalam pembangunan negara dan oleh kerana kita sekarang dalam komuniti global, kita juga harus prihatin dan menyumbang kepada pembangunan dunia secara keseluruhan.

Yang kedua objektifnya ialah untuk menghasilkan tenaga pekerja. Kalau pelajar itu mengambil ijazah seni bina, kononnya kita jangka dia akan jadi arkitek. Kalau buat ijazah kejuruteraan, kita jangka dia akan jadi jurutera. Kan? Tapi sebenarnya pada pandangan saya kita terlalu menekankan perkara seperti kerja sehingga kita menghilangkan bahagian bermanfaat manusia itu.

Kalau kita tengok perkembangan di Amrika Syarikat berbeza, contohnya mereka ada all university requirement subject yang kadang-kadang meliputi 30 peratus dari keseluruhan ijazah. Tetapi di Malaysia, kadang-kadang 10 peratus macam tu sahaja. Ini menunjukkan kita masih menekan kepada kerjaya.

Jadi untuk menjawab soalan itu, kita kena tengok konteks apa tujuan? Jadi bila kita tengok apakah pencapaian, bagi saya kalau untuk mencapai orang yang berkerjaya memang baguslah, baik dan hebat. Tetapi pencapaian manusia yang wholesome ini, atau awak boleh kata sebagai insan ini yang boleh ditakrif kepada manusia yang bukan sahaja biologika tetapi dia adalah bukan prihatin kepada pembangunan dia tetapi pembangunan di sekelilingnya iaitu melibatkan persekitaran, manusia lain termasuklah haiwan dan sebagainya yang mana memahami bahawa kesemua ini saling berkait dan bekerjasama, harus dijaga supaya ada keseimbangan dalam dunia.

Kalau kita cipta seorang arkitek dan dia cuma nak kaya dan hidup senang seorang sahaja, saya kira porak perandalah dunia ini. Jadi pencapaian universiti; katakanlah UTM, saya lihat graduan kami tak ada yang tak ada kerja, rasanya 100 peratus dapat kerja. Bukanlah nak berkempen, tetapi yang sebaliknya pula sudut keinsanan ini saya tidak nampak sangat.

Jadi ikutlah. Ada yang rasa berbangga menghasilkan 100 peratus bekerja sepenuhnya ( fully employed graduates)  tapi macam saya sendiri kalau ditanya adakah saya akan hantar anak saya ke UTM kerana tahu mereka akan mendapat kerja, saya akan kata tidak. Sebab saya tidak lihat kepada mempunyai kerja semata-mata.

Ukuran kedudukan bagi universiti, bagaimana untuk mencapai matlamat?

Pertama sekali saya tidak akan menggunakan apa yang disebut sebagai kedudukan (ranking) yang difahami sekarang sebab saya rasa ini tidak tepat.Sekali lagi saya ingin merujuk kepada itu universiti awam dan kita juga ada universiti swasta.

Universiti awam disubsidi kerajaan. Bila ia disubsidi oleh kerajaan maka oleh yang demikian ia bukanlah sesuatu yang seimbang sekiranya melibatkan wang yang banyak tetapi kurang penglibatan terhadap masyarakat. Jika kita lihat, kalau 70 hingga 80 peratus universiti disubsidi oleh kerajaan, saya jangkakan sumbangannya akan lebih kepada masyarakat. Tetapi di sini, saya agak terkejut bila yang dihebohkan universiti kita tidak disenaraikan sebagai taraf dunia kerana bagi saya jika kita (universiti-universiti) memberi sumbangan kepada masyarakat, (itu tidak mengapa).

Jika saya, saya ingin melahirkan pelajar yang pertama sekali memberi sumbangan terus kepad masyarakat. Oleh itu, ukurlah pensyarah dan paa pelajar dari sudut sumbangan mereka kepada masyarakat. contohnya pensyarah. Di mana tulisan mereka yang keluar di dalam akhbar negara ini? Berapa buah buku ditulis untuk mendidik masyarakat? Perkara inilah yang harus kita buat. Universiti-universiti di luar terutamanya abrat telah melakukan ini dan kemudia ia ke peringkat antarabangsa. 

Kita telah buat sebelum selesai persiapan, kita fikir kita telah selesaikan perkara pokok dan menyangka kita ingin terus ke peringkat antarabangsa. Saya tidak kata yang kita tidak mampu untuk bersaing tetapi persoalannya kenapa kita bersaing? 


Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian daripada penulis untuk difikirkan oleh pembaca, tak guna kalau ranking universiti kita meroket ke langit tetapi peluang anak watan untuk belajar di institusi awam yang terbaik di malaysia hilang dek nak penuhkan kuota makhluk asing yang kononnya datang buat 'RESEARCH' dan 'RESEARCH' itu diperlukan untuk naik ranking. Kebajikan pelajar tempatan pulak diabaikan dan dianaktirikan,ditendang duduk luar universiti kononnya tak menyumbang kepada universiti. Makhluk asing pulak macam-macam dapat. Bila ranking naik, makin dibuka peluang untuk makhluk asing supaya ranking dan nama pihak atasan dapat naik lagi. Itulah manusia, tak pernah puas dan yang jadi mangsa tetaplah orang kita. 


p/s- Kempunan tak dapat belajar oversea katanya, kempunan lagi kalau tak dapat belajar universiti terbaik malaysia

No comments: