Followers

Tuesday, January 3, 2012

RUSUHAN 901- KERAHAN BERMULA HARI INI DI SEREMBAN!!!!





PETALING JAYA, 3 Jan - Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto) berkata, muslihat UMNO-Barisan Nasional yang mereka saya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. 
"Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. 
"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. 
"Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process", katanya. 
Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini 
Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. 
"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. 
Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Jan jam 8 malam di tapak ekspo. 
"Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan gerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan," katanya.

1. kalau ikutkan keratan akhbar ni, berat jugak si Azmin nak capai KPI 100 ribu org. Yelah, nak ajak pergi mahkamah tinggi KL tu bro..kereta jalan bukan pakai air bro..mustahil la semua ranting PKR hantar wakil..kalau ada pon, otai-otai depa yg akan menonong pergi mahkamah tinggi nanti.


2. Orang PKR sekarang pulak da jadi trend keluar parti untuk masuk UMNO. Aku heran, kalau betul-betul rakyat tolak UMNO, kenapa kalau keluar parti mesti masuk UMNO? Kenapa bukan DAP? Geng Boboi pulak da join UMNO. 


3. Kalau ikut keadaan semasa sekarang, mahasiswa ramai yang non partisan, walhal seciput lagi terdiri daripada panglima melayu yg beragama islam dan seciput lagi terdiri daripada panglima islam yang berbangsa melayu dan jangan lupa sekelumit lagi yang terdiri daripada Jet li, Jackie Chan dan Bruce Lee. Geng-geng Radjinikanh susah la nak nampak menonjol dalam universiti, kalau ada pon, pasti menyokong kuat di belakang panglima melayu.


4. Untuk kes Bang Nuaq ini, pastinya seciput panglima islam itu akan begitu semangat untuk hadir memberikan sokongan. Yelah, Bang Nuaq kan dah diangkat sebagai imam mahdi, jangan tanya aku, pi tanya Ustard badrool Amin. sekarang ni pulak, selalu aku dengar lagu-lagu yg membakar semangat jihad berkumandang dalam bilik aku, best jugak kekadang layan kepala roomate aku nih, tapi kenapa sekarang? persoalan yg sama yg diajukan kepada adam adli. 


5. Untuk seciput panglima melayu kt universiti ni pulak, tentulah kes ini akan ditunggu dengan penuh debaran. Tangguh lagi ataupun dihumban ke Sg Buloh? kalau ikut ura-ura yg aku dengar, next stop adalah Sg Buloh. Ok ni salah satu quote yang dah mula trending dengan penyokong Bang Nuaq:


'In my country, we go to prison first and then become President-Nelson Mandela'


* Puiiiiii!!!!>>>aksi meludah ke lantai, rummput mahupun meja oleh sekalian panglima melayu

6. Owh untuk bro Azmin yang sememangnya bermuka jambu, 9 januari nanti adalah minggu peperiksaan unutk semua mahasiswa IPTA di malaysia. Jadi jangan nak bermimpi sangatlah ye untuk mendapatkan sokongan dari golongan seciput panglima -panglima Islam. Kalau ada jugak yang datang, please bro, ambik dia sebagai the next pencacai bang Nuaq selepas Adam Adli.


7. Udah-udah le ajak mahasiswa pergi berdemo untuk Bang Nuaq, aku kesian tengok si adam tu dah la sekarang minggu exam, ko sibuk suruh dia pergi berdemo. Yang safwan dgn syukri tu takpa la, dua -dua dropout universiti. aku pon tertanya-tanya jugak apalah yang nak dijawab oleh si adam ni time ngadap kertas exam. kalau ikut umur mamat tu, sepatutnya dia pelajar tahun 4 dan rugilah kalau mamat tu kena buang bila dah Tahun 4.

8. Sebelum aku merepek meraban dengan lebih lanjut, moh le kita pergi dengar Amanat Bang Nuaq 4 Jan di  Seremban hari ini. Jomlah kita layan sekejap orang tua tu. soalan pertama aku nak tanya kat Bang Nuaq, BEST TAK CUTI DEKAT PHUKET SEMPENA NEW YEAR? LOLOLOLO




p/s = dah tengok medical report Safwan Anang? Jom singgah blog member aku Double Y dekat sini dan Nasihat oleh abang-abang senior utk SMM dan Adam Adli di sini















No comments: