Followers

Thursday, March 15, 2012

Elaun sampai 10K, rakyat dapat taik gigi

Penulis baru-baru ini menerima emel daripada salah seorang pembaca, berikut adalah artikel beliau.

Pada PRU 12 mac 2008 kerajaan negeri Selangor telah bertukar wajah, daripada tangan kerajaan Barisan Nasional ianya bertukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Semua sedia maklum, Selangor adalah negeri yang terkaya kalau hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara ini. Apabila tampuk pemerintahan bertukar tangan ramai yang terperanjat dan tidak menyangka ianya akan terjadi umpama jatuh kaca mata yang dipakai, kehilangan kuasa kerajaan Barisan Nasional di negeri Selangor, adalah satu kegagalan yang besar buat Barisan Nasional.

Masa telah berlalu dengan pantas, kini sudah 4 tahun ia berlalu, adakah semua masih ingat lagi pada PRU Mac 2008, sebelum itu Pakatan Rakyat dengan nama asalnya Alternative Front, mereka telah lakarkan 31 janji-janji semasa PRU sedang berlangsung. Sehingga hari ini, hanya sedikit sahaja janji yang telah dikotakan oleh Pakatan Rakyat, salah satunya yang selalu kita dengar adalah pemberian subsidi penggunaan 20m padu air yang pertama meskipun janji itu tidak mesra alam.


Antara janji-janji pada PRU Mac 2008 yang lalu adalah seperti berikut:


1) Penurunan kadar cukai pintu sebanyak 20%
2) Pengurangan caj cukai lesen perniagaan sebanyak 10%
3) Subsidi khas diberikan kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak di rumah
4) membantu golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga
5) membantu semua rakyat negeri Selangor untuk mempunyai rumah sendiri dan sebagainya.


Di negeri selangor , cukai pintu tidak berkurang sebaliknya apa yang berlaku adalah elaun ahli majlis naik tiga kali  di dalam masa 4 tahun, saya percyaa ini telah memecah rekod dalam sejarah perkhidmatan awam.


Double Standard


Ketika pemerintahan Barisan Nasional di Selangor,imbuhan dan elaun ahli majlis hanya sekadar berjumlah RM 500, elaun hadir mesyuarat hanya sekadar RM50 untuk setiap kali kehadiran. Semasa Pakatan Rakyat ambil alih sepanjang tahun 2010 elaun ahi majlis dinaikkan dengan kadar RM750, pada tahun 2011 dinaikkan lagi dengan kadar RM 1000, pada tahun ini dinaikkan sekali lagi RM 1500 di mana setiap kali kehadiran mesyuarata elaun dinaikkan kepada RM150. Ada sesetengah ahli majlis diberi elaun sebanyak RM 2500 untuk melantik pembantu dan membuka Pusat  Khidmat, saya percaya elaun ahli-ahli majlis di Selangor antara yang paling tinggi di seluruh negara. Jika nak dibandingkan dengan zaman pemerintahan Barisan Nasional,ianya seperti langit dan bumi. Majlis Perbandaran Kajang juga telah mengisytiharkan majlis dibawah kelolaan mereka telah membuat penilaian semula dan dijangka pada tahun 2013 kadar cukai pintu akan dinaikkan.


Elaun tetap ahli parlimen dan ADUN di seluruh negara dengan kadar RM4112.74, saya percaya ramai yang tidak tahu berapa banyakkah elaun yang diperoleh oleh ADUN Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor dan pada tahun lepas kadar dan elaun dinaikkan kepada RM6000 dan kini elaun itu dinaikkan hampir mencecah RM 10,000. Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim membantah Parlimen kerana mahu menaikkan elaun ahli Parlimen dengan alasan jangan bebankan kewangan negara, sebaliknya semua orang sedia maklum bahawa ahli-ahli parlimen dari pakatan Rakyat memang mahu elaun dinaikkan tetapi hanya kerana pemimpin mereka melarang, mereka terpaksa berdiam diri dan menerima seadanya.


Saya ingin bertanya, Kerajaan PR naikkan kadar elaun ADUN, ahli majlis daerah bukankah ini tidak membebankan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan? Jelas Pakatan Rakyat sedang bermain wayang dengan rakyat jelata.


Chew Lee Geok




p/s : Elaun ADUN Selangor dah tinggi nih, ape lagi rakyat selangor, mintak ja peruntukan tu, 10K woo...takkan nak bagi dia makan sorang..hehehe



No comments: