Followers

Sunday, May 13, 2012

Majlis Fatwa: Islam dalam PAS akan dibuang?






KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

"Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu," katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengeliruka umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong Pas, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

"Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir...sama-sama memahami isi kandungan al-Quran , jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,"katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.


UNTUK BERITA PENUH DI BERITA HARIAN


p/s: Makin marah lah puak-puak pembangkang dengan Majlis Fatwa. Selepas Bersih diharamkan oleh Majlis Fatwa kini menyusul isu penggunaan Islam di dalam Pas pulak. Hehe, kalau hilang nama Islam tu, nak pakai nama apa? LGBT? wakakaka.



No comments: