Followers

Monday, July 30, 2012

@NajibRazak harga rokok nak naik jadi RM30 ke?




Entah betul entah tidak apa yang penulis dengar, ada pak menteri dalam kabinet yang mencadangkan harga rokok dinaikkan daripada RM10 kepada RM30 untuk 20 batang sekotak. Biar betul pak menteri nih, rokok 20 batang yang harga RM10 itu pun rakyat malaysia dah terkemut- kemut nak beli, inikan pulak rokok RM30 sekotak. Antara alasan pak menteri tersebut adalah untuk membanteras tabiat menghisap rokok di Malaysia ONCE AND FOR ALL. Kenaikan harga ini juga adalah untuk memastikan target group mereka iaitu dari golongan miskin dan para belia pelajar tidak menghabiskan duit dengan membeli rokok dan ianya juga difahamkan  adalah cara yang paling efektif dan diiktiraf oleh World Health Organisation's Framework Convention on Tobacco Control (FCTC).

Buat masa ni, harga minimum sekotak rokok adalah RM6.40, dan kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang mempunyai pendekatan anti rokok ini, Malaysia jauh bezanya. Di Australia harga untuk sekotak rokok adalah RM52, Norway (RM45), Ireland (RM38), United States (RM37.80), United Kingdom (RM32) dan Singapura (RM29). Thailand yang juga telah membuat perkara yang sama telah membuktikan kejayaan langkah tersebut apabila 58% perokok telah dikurangkan dan 10% daripada jumlah tersebut telah berhenti daripada merokok. 

Penulis bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh pak menteri ini dan alasan kononnya perokok mempunyai banyak idea dan menyumbang kepada peratusan besar pembangunan negara adalah salah kerana negara Singapura seperti kita sedia maklum lebih maju berbanding Malaysia hanya mempunyai 14.3 peratus perokok sahaja berbanding Malaysia 2.8 Juta perokok tegar dan 200,000 bawah umur. Walau bagaimanapun penulis beranggapan, langkah yang menyeluruh perlu diambil termasuk membanteras sindiket penyeludupan rokok murah, di mana perokok di Malaysia menjadikannya sebagai alternatif kepada rokok mahal yang telah dicukai. 

Di samping mempunyai kawalan kualiti yang lebih rendah, rokok seludup ini sangat merbahaya kepada rakyat Malaysia. Mungkin hukuman penjara kepada pembeli rokok seludup boleh dipraktikkan dan bukan sekadar memasang peringatan di depan kaunter membeli rokok ataupun memberi ganjaran kepada whistle blower lebih lumayan dan efektif.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah ini sebagai satu alternatif baru hasil pendapatan negara dan bukan hanya bergantung kepada hasil bahan mentah seperti gas asli dan minyak yang dihasilkan oleh syarikat Petronas negara. Penulis juga pasti rakyat Malaysia bersedia untuk mendengar penjelasan ataupun debat mengenai kadar peningkatan cukai/harga rokok di pasaran. Langkah agresif seperti ini perlu diambil segera melihatkan langkah meletakkan gambar-gambar ngeri di paket rokok kurang berjaya. Dan semestinya langkah ini lebih baik daripada menaikkan cukai kad prabayar. Win-Win Situation.


p/s- Apa kata perokok? 



1 comment:

Anonymous said...

maaf tuan kalau komen aku ni panas sket..menurut aku.."BULSHIT"..si penipu nak jaga kesihatan rakyat la konon..matilah menteri perut buncit sume tu..Kalau rakyat mati sekalipun dorg peduli apa..kalau betul nak suruh stop, tarik sume lesen rokok, tutup kilang rokok..knp tak boleh?

SEBABNYA PAK MENTERI NI MUNAFIQ BELAGAK BAIK TP SEBENARNYA MENANGGUK DI AIR KERUH DAN MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KESUSAHAN RAKYAT HINGGA MELETAKKAN RAKYAT TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PILIHAN...

ROKOK DAN ARAK ANTARA PENYUMBANG TAX TERBESAR NEGARA..ringkas cakap, sume menteri2 buncit tu akan cuba terus menerus membodohkan rakyat dgn statement dan idea2 menjahanamkan rakyat. Drama Capitalist