Followers

Friday, August 24, 2012

HOT NEWS: PINJAMAN PTPTN DIHAPUSKAN!!! @NAJIBRAZAK @KHALEDNORDIN @EFFYHARIDTH @HARAPANESOK @BRADERJAI @MATDESPATCHOTAIT



Di sini gua nak ucapkan selamat maju jaya kepada rakan gua yang bahawasanya permohonan beliau untuk mendapat pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN di atas sebab telah berjaya menamatkan pengajian beliau dengan kepujian kelas pertama telah berjaya diterima oleh pihak PTPTN. Walau pun muka gangster dan badan ketak-ketak tetapi kerasionalan beliau telah membuatkan beliau berjaya tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama. Apa kaitan muka gangster, badan ketak-ketak dengan surat ni? Rasionalnya adalah walaupun muka gangster dan muka ketak, brader gua sorang ni rajin belajar dan tak pergi tunjuk pailang pergi bawak turun bendera PM, tak letak kalung bunga mati dekat gambar PM, tak baring atas jalan raya, tak rempuh cermin kaca klinik, tak terkinja kinja gegar pagar universiti dan aksi-aksi pailang yang sewaktu dengannya. 

Abam badan ketak


Mungkin disebabkan di twitter mamat-mamat demo ni yang kononnya tertulis di profile memasing 'GYM-GOER' maka kepailangan anda semua itu boleh ditunjukkan di samping mempunyai masel besar punggung gajah? Ataupun mungkin sudah habis BRADER?  Bawak-bawak la bertenang, baju yang ada tu bukan untuk ditunjuk-tunjuk. Gua nak puji sekali lagi, walaupun brader gua sorang ni tak turun demo,lompat-lompat bagai tak semestinya dia tak 'CAKNA'. Sekali sekala gua jadi mangsa, jadi mangsa member gua ni meluahkan perasaan dan pendapat beliau tentang keadaan sekeliling. Gua pun mula-mula ingat dia ni bangang sejenis je, tapi wa cakap lu, fakta-fakta yang dia keluarkan TIP TOP macam Neelofa der. Macam orang tua-tua cakap la, ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk bukan macam tin kosong. 

Macam ni la kesimpulannya, sekarang ni tak perlu nak berdemo bagai tuntut hak itu, hak ini yang entah apa-apa dan berlandaskan perjuangan yang tidak pasti. Yang paling penting sekali masuk universiti belajar rajin-rajin di atas sebab:
1) Memikul tanggungjawab dan amanah ibu dan ayah 

2) Menjadi contoh kepada keluarga

3) Tanggung jawab sebagai penghutang bertungkus lumus membayar hutang.

4) Tanggungjawab untuk belajar rajin-rajin.

5) Tanggung jawab untuk menuntut ilmu.
*kalau ada yang gua tertinggal,lu orang sambung dekat ruangan komen ye ;)

Gua rasa ini je sebab-sebabnye. Kalau ada yang main sukan,orang kata, main kuat belajar pun mesti kuat. Takde pulak gua terbaca masuk universiti untuk pergi berdemo demi kepentingan politikus-politikus bontot ayam dekat luar sana tu. Lu orang tak berserabut ke fikir masalah politik yang bukan masalah korang pon? Kalau masalah macam mana nak bangunkan Malaysia style la jugak, ini masalah nak menjahanamkan Malaysia. Arab Spring konon. Pui.

Gua bagi pilihan la, nak tengok mak ayah datang sambut masa dah konvo ni atau tengok mak ayah jamin keluar lokap? Instead of pakai jubah atau kita pakai sehelai sepinggang duduk dalam lokap? Air mata gembira mak ayah atau air mata tangis sedih dan kecewa mak ayah sebab anak style bangang,bebal tahap ANU-war? Pilihlah sendiri, gua dah bagi pilihan. 

Lu orang nak macam ni ke atau....


Macam ni?


Akhir kata, kepada yang sudah habis belajar jangan lupa buat permohonan pengecualian tu. Jangan sampai gua dengar ada yang cakap janji kerajaan nak hapus PTPTN untuk yang dapat kepujian kelas pertama hanyalah retorik semata dan janji tepati bertukar menjadi janji capati. Jangan sebab kebodohan dan kebebalan lu orang yang ikut cakap politikus bontot ayam supaya baca haramkah,rokuitkini sahaja tu, tak pasal pasal lu orang tak tahu pasal pekeliling awam,notis dari PTPTN, maklumlah berita dalam tu semua maki hamun punya berita. Lepas tu canang merata tempat pulak, dah lu orang pulak dapat dosa fitnah. Jangan jadi BODOH HOOCAY?

p/s- Lu orang taknak hormat Ah Jib Gor sebagai ketua lu orang gua tak kisah tapi at least hormat dia sebagai orang tua. Dengan puting Ah Jib Gor pun lu orang nak main. Membangun bersama ISLE sangat.


  

No comments: