Followers

Thursday, August 16, 2012

LAPORAN PENUH KEMBARA SAHUR PEMUDA UMNO KB DAN PDRM @BN4KEPALABATAS @PEMUDATMNBERTAM



Wawancara bersama Dato' Seri Reezal Merican

Program Kembara Sahur anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dan Pemuda UMNO Kepala Batas telah dihadiri dan dirasmikan oleh Dato Rahim bin Hj Hanafi selaku Ketua Polis Pulau Pinang. Turut mengiringi adalah Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu ACP Zulkifli bin Alias.

Seramai 100 orang barisan hadapan Pemuda UMNO Kepala Batas telah menghadirkan diri bagi menunjukkan komitmen mereka dalam meraikan anggota-anggota keselamatan ini. Program Kembara Sahur ini dirasmikan pada jam tepat 12 tengah malam dan telah disertai oleh 40 buah konvoi kereta di mana ianya dimulakan di IPD SPU sendiri. Konvoi ini seterusnya dipanjangkan kepada 9 buah balai polis pilihan iaitu Balai Polis Komuniti Bertam Perdana, Cawangan Trafik Jalan Kedah, Balai Polis Sg Dua, Balai Polis Sementara Tasik Gelugor, Balai Polis Mak Mandin, Balai Polis Seri Pinang dan Balai Polis Butterworth dan berakhir di Plaza Tol Sg Dua.

Di Plaza Tol Sg Dua itu sendiri, diadakan satu majlis bersahur  untuk anggota-anggota keselamatan yang sedang bertugas di dalam Ops Bersepadu malam tadi. untuk makluman pembaca, hanya 10 peratus daripada 5,817 pegawai polis dan lain-lain pangkat yang diberikan cuti dan yang lain akan bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri dari 12 hingga 26 Ogos nanti. Kita ikuti gambar dan wawancara bersama Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas mengenai program Kembara Sahur ini.

Frontliner Pemuda UMNO KB

Bacaan doa sebelum memulakan kembara


Pemeriksaan anggota oleh Ketua Polis PP


Juadah bersahur yang dibekalkan

Cenderamata untuk anggota keselamatan

 Bersahur bersama anggota keselamatan

Penulis tertarik dengan dua program berbeza yang berlaku semalam, sedang Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas menggembleng tenaga dan meluangkan masa bersama-sama Ketua Polis mengadakan Kembara Sahur, pada masa yang sama, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan satu 'tazkirah' tentang 'Kebangkitan Rakyat' di perkarangan Masjid At Taqwa Bertam Indah. Apa yang berbeza di antara dua program ini adalah di mana program yang pertama iaitu Kembara Sahur meraikan dan mengiktiraf pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang bertugas pada waktu cuti di samping menjaga kebajikan mereka. Manakala program yang kedua iaitu Tazkirah dari Bro ANUwar, lebih kepada menanam perasaan benci dan semangat untuk menghuru-harakan negara melalui demonstrasi. Sekarang kita dah tahu siapa AGEN PEROSAK NEGARA bukan? :)




p/s- Penulis ada gambar pemberian sumbangan berupa duit kepada setiap balai polis untuk digunakan bagi membeli perhiasan untuk balai polis, tapi untuk keselamatan imej Dato Reezal tak perlu untuk penulis letak dekat sini. Bukan apa, banyak sangat PENCACAI PENCACAI PR YANG SUKA BUAT FITNAH. Ketua dia pon agen perosak, anak buah lagi la!

No comments: