Followers

Tuesday, September 25, 2012

@aspirasievolusi menang besar di UTM. Tanda sokongan kepada Dato Seri @NajibRazak.

Tahniah diucapkan keputusan Pilihan Raya Kampus di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2012 kali ini memihak kepada pihak Aspirasi Evolusi, sejumlah 47 kerusi daripada 54 kerusi yang dipertandingkan telah dikuasai oleh pihak Evolusi. Satu lagi sejarah baru telah dilakar, dengan penambahan peratusan kerusi yang dimenangi daripada 85% meningkat kepada 87%.

Selain itu juga fakulti yang sebelum ini merupakan kubu kuat Pro Mahasiswa seperti Fakulti Mekanikal, Fakulti Sains Komputer, Fakulti Elektrikal, dan Fakulti Sains telah jatuh rebah ke tangan Aspirasi Evolusi dengan margin undi yang sangat besar.

Untuk tahun ini, pihak Pro Mahasiswa hanya menghantar empat orang calon untuk bertanding kerusi umum dan daripada jumlah tersebut hanya dua orang sahaja yang berjaya, selebihnya dipenuhi calon Evolusi Aspirasi.

Keadaan pilihan raya yang agak suram tanpa tandingan sengit daripada pihak Pro M seperti sebelum ini menimbulkan tanda tanya. Calon yang dihantar pon lebih kurang saja, menampakkan ketidak sediaan mereka untuk bertanding.

Ada yang kata dekat gua, pihak Pro M ni bergaduh tapi daripada pemerhatian aku tadi mustahil dieorg gaduh. Jadi, dari pendapat gua sebagai blogger jalanan, gua rasa pihak Pro M ni tak cukup duit dan tak dapat funding yang secukupnya seperti tahun lepas. Gua agak sebab bayar sewa jet dan bas mewah kot. Gua agak je la. Kikiki.

Apa pun yang jadi dekat dieorang, gua pasti dengan kehadiran yang turun mengundi di UTM sebanyak 83% menunjukkan mahasiswa menyokong kepimpinan dan transformasi yang dibawa oleh Dato Seri Najib. Syabas, Dato Seri kerana berjaya memenangi hati orang muda.

Akhir kata, jangan jadi Pro M yang berdoa panjang lebar dalam dewan tadi, siap dengan chanting thank you Hema tapi bila bukak FB, kutuk, caci maki semua keluar.


P/s - Fakulti yang gua lead, menang bersih la bhai. 3-0. Hehe.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: