Berdasarkan Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan MPPUTM sesi 2012/2013, Perkara (7), klausa (7.2)(V) ada menyatakan CALON TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERKEMPEN SECARA BERKUMPULAN dan sebelum itu juga pada klausa (7.2) (IV), ianya ada disebut bahawa CALON DILARANG BERKEMPEN MELALUI ATAU MENGGUNAKAN PERSATUAN YANG DI BAWAH PENYELIAAN PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA & ALUMNI ATAU PERSATUAN LUAR dan bagi gua penyataan di atas sudah cukup untuk membuatkan calon-calon daripada pihak Pro Mahasiswa ini layak dibantah dan ini akan membuatkan calon-calon di pihak Aspirasi UTM menang tanpa bertanding. Senang bukan nak menang? Tapi gua pelik.
Pelik sebab gua rasa Pilihan Raya Kampus kali ini sunyi sepi. Lagi pelik disebabkan keadaan pihak di sebelah sana terlalu diam, diam seakan-akan tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Musykil nih musykil. Apa je lah game yang nak dimain. Gua tengok dah macam pihak Aspirasi lawan sesama sendiri. Tindakan seperti ini gua rasa memang dirancang seperti yang Pro M mahukan ianya berlaku sepertimana Enam Tuntutan mereka.
Enam tuntutan yang dimaksudkan:
Jadi, dekat sini apa yang gua boleh simpulkan adalah Pro Mahasiswa UTM sememangnya ingin calon-calon mereka ini dibantah disebabkan salah laku semasa berkempen yang telah mereka lakukan secara terbuka. Bila calon mereka dibantah habis-habisan, Aspirasi di UTM akan menang mudah dan ianya merupakan reflek kepada apa yang telah berlaku di Pilihan raya Kampus di UTHM. Seperti rakan-rakan lain sedia maklum di UTHM, seramai 12 orang calon Pro Mahasiswa UTHM dibantah daripada bertanding di atas sebab yang sama iaitu berkempen secara berkumpulan lalu memberikan kemenangan mudah buat pihak Aspirasi UTHM.
Terjadinya perkara seperti ini akan mencerminkan seolah-olah pihak Pro M ini ditindas dan dizalimi oleh pihak atasan, seterusnya menjadikan enam tuntutan yang di war-warkan seperti sesuatu yang sangat relevan di mata orang awam. Modus operandi yang digunakan saling tak tumpah dengan modus operandi pihak luar. Ini gua tak tuduh eyh, gua teka je,cakap-cakap kosong. Kahkahkah Nanti gua tuduh, ada pulak geng-geng Pro M yang salam gua tak nak senyum. Dah penamaan calon baru senyum, kalau tak ketat memanjang. Hehehe.
Nantikan pendedahan gua tentang video BONGKAR yang dikatakan adalah bukti bahawasanya Pro M memang parti kader untuk Pakatan Rakyat.
p/s- Nanti depa kata ini semua KONSPIRASI. KONSPIRASI OPS 2020. Pungkoq.
No comments:
Post a Comment