Followers

Friday, August 5, 2011

Pakatan Rakyat Panas Bontot!!



Serangan bertali arus!!!!

040631 Ogos 2011

Kenyataan akhbar oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Pertimbangan permohonan taraf warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:

1. Perkara 15: Isteri kepada warganegara

2. Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

3. Perkara 19: Warga Asing yang telah bermaustatin tetap di Malaysia kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April hingga 15 Julai, YB Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia dan daripada jumlah tersebut,sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, 31449 permohonan penduduk tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6311 permohonan di bawah program My Daftar

Kes Mismah-

· Dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf penduduk tetap (PR) adalah tidak benar

· Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982

· Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 selaras dengan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said

Ketua Pengarah

Jabatan Pendaftaran Negara

Kementerian Dalam Negeri

Ulasan wakdanial

Pembangkang sememangnya dah panas bontot,lepas satu isu ke satu isu ditimbulkan dan alhamdullilah segala isu yang ditimbulkan kerajaan berjaya menangkis dengan jayanya. Isu yang pertama kalau kita masih ingat lagi dimulakan dengan peristiwa kuning Bersih 2.0. Untuk memudahkan lagi para pembaca aku buatkan senarai isu-isu tersebut:

1. Bersih 2.0

2. Polis Zalim

3. Lakonan Suhardi

4. PSM EO6

5. Pengundi hantu

6. Cincin USD 24 juta

7. Rempuhan Mamat Baju Kuning Triple XL

8. Isu Mbah Mismah

Ini saja yang mampu aku ingat isu-isu yang telah diwar-warkan di media massa baek di pihak alternative dan aliran semasa dan kalau masih ada yang tertinggal minta jasa baik pembaca yang budiman untuk tambah. Kalau di tengokkan pola ataupun rentetan isu-isu ini, ianya Nampak tersusun dan seperti sudah dirancang, yalah, dah buat Bersih 2.0 yang gagal tu mestilah pembangkang kena ada back up plan,kalau tak, objektif yang ingin disampaikan tak tersampai lah jawabnya. Semua sedia maklum, Bersih hanyalah retorik politik dan ianya adalah satu kegagalan besar apabila memorandum yang kononnya ingin diserahkan kepada DYMM Tuanku Mizan tidak dilaksanakan walau bagaimanapun mereka masih menidakkan perkara tersebut. Pasca peristiwa Bersih 2.0, kita disajikan pula oleh pembangkang dengan isu-isu sentiment membenci polis dan menagih simpati rakyat yang kononnya kerajaan ini lebih zalim daripada orang yahudi,Israel dan tidak cukup dengan itu pembangkang terus menagih simpati dengan lakonan Suhardi aka Hantu Jerangkung yang cukup hebat kerana berjaya mati hidup semula dan sekali lagi ramai yang termakan dengan lakonan tersebut.


Walau bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau sebelum ini, polis kena hentam itu,ini dan sebagainya kini tiba masa KDN pulak yang kena, kali ini berkaitan dengan isu tahanan PSM EO6 yang telah ditahan di bawah ISA kerana cuba membangkitkan semula aliran subversive (berbahaya) iaitu cubaan membangkitkan semula fahaman komunisme.Ramai generasi sekarang yang merasakan bahawa ianya adalah tuduhan yang tidak berasas yang telah dilemparkan oleh kerajaan tetapi perlu diingatkan unit perisikan Malaysia adalah antara yang terbaek dan aku berani jamin tak ada yang kaki makan rasuah kerana mereka yang terlibat adalah dari kalangan yang terbaek dan aku percaya juga generasi sekarang tak ramai yang tahu ada pasukan khas kita yang dihantar ke Vietnam semasa Amerika berperang dengan Vietnam dahulu dan tuduhan mengatakan ianya adalah penangkapan yang tidak berasas adalah tidak diterima sama sekali dek logic akal.


Isu pengundi hantu pula, pihak pembangkang membuat satu grup facebook yang memaparkan skrin nama-nama pengundi yang rata-ratanya sudah mati sebagai pengundi berdaftar di SPR. Ini juga berjaya mendapat tempat di hati masyarakat yang terperdaya dengan pembangkang, walhal ianya merupakan data system yang tidak sempat dikemaskini oleh SPR almaklumlah baru-baru ini saja rakyat sibuk buka laman web SPR. Selain itu juga, isu pengundi ramai dalam sebuah rumah kecil juga dimainkan oleh pihak pembangkang, walau bagaimanapun, isu ini berjaya ditangkas dan dijawab oleh MP Kota Belud iaitu sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat kampong berkongsi satu alamat rumah lebih-lebih lagi rumah tok penghulu kerana tok penghulu saja yang berpengaruh dan ‘celik’ sedikit berbanding orang kampong yang lain. Perlu diberi perhatian perkara ini lazim terjadi di zaman atok-atok aku dan korang semua kerana pada masa itu tahap pendidikan kita masih rendah.

Setelah gagal pada serangan yang ke – 6, pihak pembangkang tekad melancarkan serangan yang ke-7 iaitu melalui Cikgu of the year Malaysia, Chegu Bard. Chegu chegi ini mendakwa bahawasanya dia mendapat maklumat dan bukti yang menunjukkan pembelian cincin yang bernilai USD 24 Juta oleh Datin Seri Rosmah Mansur dan dari mimic mukanya menunjukkan dia begitu yakin sekali dengan maklumat yang dia ada dan sekali lagi PR dikecewakan apabila cincin bernilai USD 24 Juta itu bukan lah pembelian dari Datin Seri tetapi hanya dibawa masuk sebagai satu barang perhiasan pertunjukkan di sebuah private exhibition di Ibu Negara. Terkecewa lah sudah Chegu Bard apabila mendapat tahu berita tersebut, walau bagaimanapun aku percaya berita ini tidak akan dipercayai oleh segenap penyokong PR kerana ianya dihebahkan melalui akhbar tipu Utusan Melayu dan media pemohong TV3. Melalui fikiran logic, Datin Seri Rosmah sebagai First Lady tidak perlu susah-susah nak declare barang kemas tersebut sebaliknya beliau boleh sarung aja dekat jari dan berlalu begitu sahaja.Kenapa ada pihak PR masih menyangkal kenyataan ini ? Sekaligus menimbulkan tanda Tanya sama ada mereka ini masih KABUR atau BEBAL sebenarnya?

Serangan yang dibuat oleh PR seterusnya adalah serangan berani mati ataupun gerila yang telah dilakukan oleh seorang mamat baju kuning. Kali ini memang tidak ada taktikal segala bagai, mamat ini terus ‘SERANG’ Perdana Menteri kita secara membabi buta, walau disekat oleh pihak polis, mamat ini terus-terusan menyondol tanpa berputus asa tetapi disebabkan dedikasi polis-polis kita menjalankan tugas mamat ini berjaya ditangkap dan dihumban ke dalam van yang siap dengan air cond. Mengikut apa yang dijelaskan oleh mamat gerila berkenaan, dia hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri kita tapi kan bro, nak habaq mai, kalau aku yang berpakaian bukan kuning pon, kalau dah pi mnyondoi serupa tu memang kena tangkap la, lagi-lagi hang yang buat..hahaha..tak pakai akai…kuikuikui.. Berbalik kepada cerita asal, aku rasa mamat gerila ni nak jadi famous macam abang Bersih kita hari tu, korang semua ingat lagi tak? Mamat sasa yang berdiri tegak memegang Jalur Gemilang sambil ditembak oleh kenderaan perusuh FRU? Malang sekali kejadian sondol menyondol itu tidak dapat meng famouskan beliau si mamat baju kuning dan lebih menyedihkan mamat gerila ni ditahan dalam lokap.KuiKuiKuiKuiKui.


Isu Mbah Mismah adalah isu yang terbaru di mana PR mengatakan permohonan Mbah Mismah untuk mendapat kewargaan telah diluluskan selepas 4 jam sahaja dan telah layak untuk mengundi walhal Mbah Mismah ini sudah mendapat taraf Penduduk Tetap selama 29 tahun dan mengikut Perlembagaan, rakyat asing yang telah memegang status Penduduk Tetap lebih 15 tahun boleh dan layak untuk memohon kewarganegaraan. Isu kod negeri 71 yang kononnya kod untuk mereka yang berstatus Penduduk Tetap juga dijadikan bahan oleh PR untuk memperlekehkan SPR yang kod tersebut adalah kod bagi rakyat berstatus penduduk tetap tetapi dibenarkan mengundi. Sehubungan dengan itu, bahawa jika benar kod negeri 71 bagi pengundi berstatus penduduk tetap, bermakna beberapa pemimpin mereka termasuk Azmin(Timb Presiden PKR), Zuraidah ( Ketua Wanita PKR) dan Saifudin Nasution (Setiausaha Agung PKR) yang juga mempunyai kod negeri 71 ini menunjukkan bahawa mereka bertiga ini adalah penduduk tetap dan pengundi hantu, lebih teruk lagi mereka ini PEMIMPIN HANTU.

Serangan seterusnya yang juga serangan ke-9 aku rasa akan menyusul tidak lama lagi, jadi buat para blogger dan badan-badan kerajaan adalah dinasihatkan untuk bersedia menjawab segala tohmahan dan jangan cepat melatah. Kerajaan BN bernasib baik kerana mempunyai para blogger kerajaan yang hebat-hebat dan setia, sesungguhnya dalam era teknologi maklumat ini, surat khabar bukan lagi satu option generasi muda tetapi internet, facebook dan twitter merupakan sumber maklumat rasmi. Oleh itu, tidak salah untuk aku kata yang blogger-blogger kerajaan sama ada di bawah UMB atau tidak merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional. Bayangkan blogger-blogger ini bertukar bendera? J



Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

~wakdanial~



No comments: