Followers

Monday, June 25, 2012

USTAZ AZIZAN MENGAKU DISKO BARU DILULUSKAN



Akhirnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan mengaku sebanyak empat lesen baru  pusat hiburan telah diluluskan oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah selepas tiada bantahan daripada agensi penguatkuasaan termasuk polis dan bomba. Selebihnya merupakan lesen-lesen yang diperbaharui semula di atas sebab pusat hiburan tersebut kembali aktif. Antara empat lesen yang diluluskan juga termasuk lesen pusat hiburan terbesar di Mergong, Alor Setar. Pusat hiburan itu juga yang telah menjemput DJ terkemuka dari Perancis, Liz Candy. Untuk merujuk kembali artikel tersebut klik;


Satu benda sahaja yang aku respek dengan Ustaz Azizan, dalam keratan akhbar ni Ustaz Azizan tak kata 'INI SEMUA SALAH UMNO'. Ustaz Berani mengaku 'YA KAMI LULUSKAN'. Bagus dan syabas ustaz Azizan kerana sekali lagi berjaya membuktikan di kalangan totok pembangkang masih lagi mempunyai individu yang ADA TELOR. Tapi ustaz, aku heran, sebabnya, semasa pemerintahan Kerajaan BN di bawah pimpinan Mahadzir Khalid, masih terngiang-ngiang lagi laungan menghapuskan segala pusat hiburan yang terdapat di Kedah, dan Ustaz, kali ini impian itu sudah termakbul atas doa dan usaha bersama Pakatan Rakyat, aku dan serata umat manusia di Malaysia tidak nampak perkara ini terjadi malah terkejut dengan penambahan pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan. Apa sudah jadi Ustaz? Mana hilang laungan keramat dulu? 

Aku setuju kalau ustaz kata pusat hiburan ini dibuat untuk hiburan pengunjung bukan Muslim. Ustaz setuju tidak kalau aku cakap kilang arak di Shah Alam yang besar tu, pusat judi di Genting Highlands tu jugak untuk non Muslim? Kalau ustaz setuju baguslah. Harap juga ustaz boleh terangkan dekat anak-anak buah ustaz yang lain yang masih bebal membangkitkan perkara tersebut kononnya kerajaan Barisan Nasional menggalakkan maksiat. Mohon juga diterangkan segala langkah sudah diambil untuk kerajaan menghindarkan daripada masyarakat Islam daripada membeli arak. Seperti juga kata ustaz lesen pusat hiburan ini diluluskan tidak bermakna pengunjung dan pengusaha boleh berbuat sesuka hati, samalah juga ustaz dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ustaz oh ustaz, apabila lesen pusat hiburan ini telah diluluskan dan diperbaharui aku musykil dan tak tahu macam mana kerajaan pimpinan Ustaz  memastikan keuntungan daripada pembukaan kelab ini tidak dicampur sekali dengan pendapatan lain yang halal. Ustaz,dekat sini aku tak maksudkan keuntungan kelab tersebut secara total tetapi pembayaran cukai pintu dan pembayaran untuk iklan bercahaya di depan pintu pusat hiburan tersebut ustaz, dan lebih menakutkan iklan bercahaya 7 meter hanya dikenakan RM50, lagi kecil jumlahnya bukankah makin sukar untuk diasingkan? Tak termasuk lagi dengan cukai pintu yang aku anggar dalam RM500, kita darab pulak dengan empat buah pusat hiburan yang baru diluluskan, totalnya sudah berjumlah RM2000. Banner dan bunting promosi kelab hiburan lagi ustaz? Macam mana ni ustaz? Mohon penjelasan. Kesian rakyat Kedah, kelip-kelip mata depa baca artikel aku ni ustaz. 

Kecik hati orang Kedah Ustaz bila depa tau ustaz lulus lagi empat buah pusat hiburan. Mana pergi janji dulu ustaz? Rata-rata orang Melayu Kedah yang mengundi Pas mengharapkan perubahan yang lebih baik daripada dulu tetapi HAMBAR la ustaz. Ustaz kalau dekat Penang ustaz, aku selalu nampak poster-poster promosi perumahan ekslusif, megasale, tapi aku tak nampak pun ustaz banner dan bunting promosi pusat hiburan/kelab malam, bertambah lagi heran aku ustaz dengan apa yang terjadi di Kedah sekarang. Dulu Pas ada berjanji juga akan menarik balik lesen menjual arak oleh kedai serbaguna seperti 7 Eleven tetapi apakan daya setelah berkuasa semuanya hanya indah khabar daripada rupa. Konon mereka lah yang paling lantang membantah kilang arak di Shah Alam  tapi dalam tak sedar mereka juga yang menyokong industri dan kilang arak yang dibenci itu.

Setakat itu sahaja daripada aku rakyat marhaen yang memerhati.




p/s: Bila entah kerajaan negeri Selangor nak revoke lesen perniagaan arak besar-besaran di Shah Alam tu eyh?? Mohon juga dihapuskan I-City yang dikatakan menjadi tempat utama untuk konsert berlangsung di sana. Maksiat boh maksiat.




Saturday, June 23, 2012

YDP MPSP GILA KUASA! @Shilaamzah JADI SAKSI.


Gua tak pernah lagi lah dengar kalau nak mohon kelulusan permohonan untuk menyewa atau menggunakan Dewan Serbaguna, permohonan itu mestilah diluluskan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang berkenaan. Yang gua tau permohonan ni ada pegawai yang bertugas yang akan kendalikan dan gua tak faham kenapa perlu ada campur tangan YDP yang lebih banyak masalh yang dia perlu buat dan fikir selain menulis perutusan di dalam web Majlis Perbandaran. Sekarang ni gua nak beri contoh salah seorang YDP yang telah mempraktikkan perkara bodoh lagi menyusahkan ni. YDP yang gua maksudkan ini adalah Yang di Pertua MPSP iaitu Puan Maimunah bt Hj Sharif.


'Puan Maimunah bersama CM ketika pengumuman pelantikannya sebagai YDP baru'

Gua takde niat untuk malukan dia tapi gua tak faham kenapa permohonan untuk menyewa Dewan Millenium oleh UMNO Kepala Batas tidak boleh diluluskan melalui laluan yang biasa tetapi perlu mendapat kelulusan peribadi daripada YDP? Masakan Dewan Millenium yang dibina oleh Kerajaan BN yang terdahulu untuk kegunaan rakyat tidak diberi guna pakai kepada pihak UMNO? YDP perlu ingat Dewan Millenium itu hak rakyat dan UMNO Kepala Batas juga rakyat yang berada di muka bumi ini. Gua ambil contoh Majlis Tahlil sempena Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 tempoh hari.


Gua  dapat tahu, baru tahu sebenarnya, surat rasmi permohonan untuk menyewa Dewan Millenium telah dibuat dan telah diserahkan kepada pihak MPSP untuk diberi kelulusan dan pada waktu ketika itu, pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa permohonan yang dibuat tidak dapat diberi kelulusan serta merta kerana menurut pegawai tersebut, mana-mana program yang melibatkan UMNO perlu diberi kelulusan oleh Yang diPertua MPSP, walaupun sebenarnya boleh diluluskan oleh pegawai tersebut kerana memberi kelulusan penggunaan dewan telah merangkumi bidang kuasa pegawai tersebut. Pegawai ini juga menambah mereka tidak berupaya untuk meluluskan sesuka hati, dikhuatiri akan dimarahi oleh YDP. (lelaki kalau dah takut dengan perempuan maksudnya perempuan ni memang garang macam singa betina la beb)

Setelah beberapa hari berlalu, masih tiada lagi jawapan yang diterima dan untuk mempercepatkan permohonan tersebut, pihak UMNO Kepala Batas sekali lagi menghantar surat permohonan tetapi kali ini terus kepada Yang diPertua, yelah mana la tahu kan takut-takut si YDP dah baling buang surat pertama tu dan seperti yang disangka sekali lagi surat permohonan tersebut menemui ajalnya di dalam tong sampah. Walaupun, hajat UMNO Kepala Batas untuk membuat program tahlil secara besar-besaran di Dewan Millenium gagal, dengan kehendak Allah SWT, majlis tersebut berjaya dilakukan di perkarangan Wisma UMNO  Kepala Batas walaupun pada skala yang kecil. Di sini gua nak tunjuk surat permohonan tersebut mana lah tahu kot-kot ada individu yang kata gua tipu.





Dan satu lagi persoalan sedang bermain di fikiran gua, bagaimana sebuah Majlis yang baik dan elok sebegini tidak diluluskan semata-mata kerana dianjurkan oleh UMNO tetapi Majlis Bertam Nite yang menayang dan memperagakan penari-penari berbangsa Cina yang galak menunjuk-nunjuk kemontokan buah dada mereka dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat diluluskan oleh Yang diPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai? Diminta Puan YDP jangan berdolak dalik memberi alasan kononnya saya tidak baca tentatif program Bertam Nite. Di sini, gua telah diberi ruang oleh Puan YDP sendiri untuk gua bertanyakan mana moral Puan selaku YDP Perempuan yang terakhir di bumi Pulau Mutiara ini? 

Link artikel Bertam Nite;



Dan lebih mengejutkan, gua dengar program Maksiat Bertam Nite yang dibuat di Kompleks Sukan Kepala Batas itu tidak dikenakan sebarang sewa disebabkan ianya program kroni. Ye ke ni YDP? Kalau gua salah, mohon puan YDP membuat kenyataan rasmi di media arus perdana yang gua salah, jangan setakat di Buletin Mutiara. Puan YDP, yang gua tahu kroni-kroni ni tidak diamalkan oleh kerajaan DAP. Mana pergi CAT puan YDP ni? Kalau gua salah serta merta gua turunkan artikel ni.

Tak habis lagi dengan isu Majlis Tahlil, satu lagi program UMNO iaitu Program Semarak Budi Untukmu Guru yang dibuat bagi menghargai Guru sempena sambutan Hari Guru juga ditimpa nasib yang sama. Majlis Perbandaran dibawah kepimpinan YDP ini terus mendiskriminasi bukan sahaja kepada UMNO malah kepada individu yang bernama Guru. Untuk pengetahuan umum, Program Semarak Budi ini tetap diadakan di Abedeen Resort, nama bangunan ni je sedap, resort bagai tapi ianya sebenarnya adalah sebuah bangunan separa siap. Separa siap kerana bangunan ini belum lagi menerima Certificate of Fitness dan untuk beberapa tahun dibiarkan kosong dan sunyi tanpa pekerja dan pelawat. Dah macam rumah hantu dah gua tengok bila malam.

Disebabkan tiada tempat lain yang akan diberi kebenaran untuk digunakan oleh pihak UMNO, Abedeen Resort telah menghadapi beberapa baik pulih serta merta sempena Program Semarak Budi dan itupun tetap membuatkan Ballroom Abedeen resort tiada penghawa dingin, yang ada hanyalah protable air conditioner ataupun portable fan untuk membolehkan audiens bernafas. Semua pihak serba tahu betapa panasnya keadaan di Pulau Pinang sekarang dan ini satu penghinaan buat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah yang sama-sama turut hadir untuk program tersebut dan lebih -lebih lagi kepada guru yang diraikan. Lagi memalukan apabila artis yang dijemput iaitu Jamal Abdillah dan Shila Hamzah terpaksa membuat persembahan dalam keadaan berpeluh sakan bak kata orang-orang utagha. Bayangkan dua artis ini terpaksa membuat persembahan tanpa proper ventilation? Perkara ini tidak akan terjadi kalau YDP MPSP tak praktikan pemerintahan kuku besi dan double standard.

Disini gua sertakan keluhan guru yang hadir;



" Siapa yang membawa pembangunan di Kepala Batas..siapa yang membawa Dewan Millenium di Kepala Batas... Sedih dan kecewa bila ribuan guru terpaksa berada di dewan abedeen resort tanpa hawa dingin kerana Dewan Millenium xdibenarkan guna ..pada hal yang ada dalam tu semuanya guru...bagai kaduk yg naik junjung...itu baru sepenggal memerintah ...kurang2 pun hormat la pada Tun Abdullah Ahmad Badawi"


Gambar persembahan Jamal Abdillah dan Shila Hamzah;








Gua rasa mungkin disebabkan gila kuasa kot yang menyebabkan si YDP ni buat macam ni. Kelulusan penggunaan dewan pun nak pulun sorang-sorang dekat dia. Bukan ke dah ada pembahagian tugas kepada pegawai-pegawai bawahan? Yang sibuk nak cross tugas pegawai lain kenapa? Dah hilang kepercayaan? Dah tak boleh nak 'take control'? Malu lah beb. Kalau puak - puak ni perintah MPSP pun dah macam lahabau gua tengok, bayangkanlah kalau perintah negara. Bila dah dapat kuasa dewan serbaguna pun depa tak bagi pakai. Cuba tanya tengok dulu kebenaran untuk penggunaan dewan macam mana? UMNO serah bulat-bulat kepada MPSP untuk benarkan sesiapa sahaja guna termasuk pihak daripada Pakatan Rakyat. Tak percaya? Lu tanya sendiri beb.





p/s- kesian dekat awek gua sorang ni kena perform berpeluh-peluh...sabar ye Shila...ekekekeke



Tuesday, June 19, 2012

HOT: GAMBAR @mariafarida di Super GT Sepang
























p/s: makin cantik maria farida nih....hehehe... :)



Kerana tindakan @Shukri_Rembau , Kakak Sendiri Malu Ayah Dicaci



Kerana dek tak tahan menanggung malu melihat ayah sendiri dikeji, kakak kepada Setiausaha SMM Shukri Kamarudin merayu supaya orang ramai tidak melibatkan ayahnya berikutan dengan tindakan populis mamat Shukri Taik (meminjam kata-kata Brader Jai) baru baru ini. Rayuan tersebut yang dibuat oleh individu yang bernama Aida Zurainie itu boleh dilihat di wall facebook saudara Shukri Taik.


Rayuan yang dibuat

Berikutan dengan tindakan kakaknya ini, dikhabarkan Saudara Shukri Taik telah pun memadam komen rayuan tersebut. Mengapa Saudara Shukri Taik berbuat sedemikian? Adakah itu memang benar kakak kandung nya? Nak tahu lebih lanjut, sila klik link di  Blog Brader Jai, beliau ada kunci untuk rahsia tersebut.

http://braderjai.blogspot.com/2012/06/ekslusif-rayuan-kakak-shukrirembau.html

Buat awek-awek dan peminat taik tegar yang ingin berkenalan dengan saudara Shukri Kamarudin selaku maskot taik di sini gua dedahkan sedikit maklumat peribadi mamat cambest ini:

Nama penuh: Ahmad Shukri b Kamarudin

No kad pengenalan: 900219-05-5393

Alamat rumah: Lot 1446, Kg Baru Air Hitam Chembong, 71300 Rembau Negeri Sembilan

No. Tel: 019-3851902




p/s: Orang berbudi kita berbahasa, orang perangai keji, air basuh kaki makan diaaaaaa..........





Sunday, June 17, 2012

INI KETUANAN RAKYAT.



" The video is not fake. And one can find many similar videos on Youtube. The reason is simple. On one hand, traffic police in russia is 99% corrupt and constantly terrorizes people.


On the other hand, many Russian drivers harass the police in response. Some drivers are even known as cop hunters. They learn all rules by heart. And always have video camera in the car. When stopped by cops, they film the whole process of arguing with them from the beginning till the end and upload it to Youtube."

Salah satu komen yang dibuat untuk video ini di Youtube dan ya, gua ambik dari Blogserius yang serius feymes. Gua kena credit jugak dekat dia sebab gua dah cilok dari dia. Satu lagi nanti fanbase dia attack gua sebab tak letak credit. Eh ye ke? Kbai.

KHAS UNTUK LELAKI YANG BERSELINDUNG DI SEBALIK AISKRIM DAN DUA BIJI TELOR.SEPARUH MASAK










'baru balik dari kawasan berdekatan kedai makan Lengkuas Taman Melewar. Ternyata ramai yang bangga menjadi rakyat johor lebih-lebih lagi pemuda pemudi lulusan sijil agama khas Johor dgn mengamalkan budaya 'berjoget bercampuran jantina'. Tahniah kepada penaung Negeri Johor kerana berjaya mengekalkan amalan ini ~Daulat Tuanku


Kalau tengok kenyataan mamat Zulkifli ni memang kurang ajar dan cambest sikit. Tak salah kalau si mamat ni nak tegur tentang kelab hiburan tu atau pun nak berdakwah dan aku tak nampak salah pun tetapi masalahnya kenapa perlu membuat kenyataan perli dan menghina Tuanku Sultan sebegini? Dan gua tak faham sekali lagi di gambar kedua iaitu kenyataan mamat Zul meminta rakan gua ini untuk menarik balik post yang telah dibuat olehnya kerana mamat Zul ni bagitahu bahawasanya dia telah di HACK dan bukan dia yang membuat kenyataan sedemikian.

Walau bagaimanapun, kita tengok pulak gambar yang ketiga dimana mamat Zul ni membuat kenyataan seolah-olah dia mengakui kenyataan itu dibuat oleh nya. Pening gua dengan jantina mamat Zul ni, dia ni lelaki atau perempuan? Dah buat statement provokatif, bertanggung jawab lah atas statement yang dah dibuat, tak perlu nak berdolak dalik memberi alasan kononnya telah di HACK oleh beberapa ekor malaun bernama HACKERS. Apa yang gua nampak mamat Zul ni sebijik macam gelagat Pakatan Rakyat, apa sahaja salah yang dibuat oleh Pakatan dituduhnya UMNO yang salah, jenis tak nak mengaku kesalahan diri sendiri ni tak layak jadi lelaki. Harap boleh terus buang KEMALUAN yang telah dikurniakan.

Dan disebabkan mamat ni juga gua telah terpanggil untuk mendedahkan kemaksiatan yang berlaku di negeri kelahirannya iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang bila gua baca mesej di bawah:


Kenyataan 'myb statement smlm adlh bg kesedaran kepada semua' membuatkan gua pun nak buat kenyataan gua sendiri tanpa ada ayat MAYBE atau ALASAN TELAH DI HACK OLEH BARUA PAKATAN.

Dengan ini gua dengan rasa hormatnya ingin mendedahkan pendedahan yang telah dibuat oleh Kickdefella sekali lagi di blog gua. Pendedahan ini dibuat oleh gua adalah bagi kesedaran kepada semua, moga-moga rakyat Kelantan take alert isu agama di Negeri sendiri dan dengan pendedahan ini moga-moga membantu dakwah Islam di Negeri Kelantan yang hanya mempunyai satu Masjid dan berpuluh -puluh tokong Buddha.

Dengan menjunjung kasih Tuanku Sultan Kelantan, patik memohon ampun jika terkasar bahasa dan patik percaya dengan keupayaan Tuanku Sultan dalam mencampur tangan menyelesaikan masalah yang akan patik dedahkan sebentar nanti. Patik juga percaya bangsa Melayu yang dikuatkan jati diri mereka dengan iman dan Islam yang diberikan sebagai satu nikmat sejak lahir lagi ini adalah mereka-mereka yang bertanggung jawab, berbudi bahasa dan bersopan santun lebih-lebih lagi kepada Sultan-Sultan selaku Ketua Agama Islam di seluruh negeri. Daulat Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku.

Bukti Pelacuran Terus Pesat di Kota Bharu Kelantan Ops Johnson II - Kickdefella





Video ini juga buat si Mamat Zul. Gua berharap dengan pendedahan ini tidak ada malaun yang akan mengeluarkan kenyataan INI SEMUA SALAH UMNO. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan bukan seorang lelaki yang hanya berselindung di sebalik batang dan dua biji teloq di dalam seluar.

P/S : Gua ingat ni salah seorang lagi hang Jebat Generasi Y yang baru tapi gua salah.Dia hanyalah Raden Karma Wijaya yang suka mengadu domba.Puiii...


Friday, June 15, 2012

KEDAH SEJAHTERA: AKSI SEKSI DJ LIZ BUKTI SLOGAN PAS FOR ALL BUKAN RETORIK.



Bunting promo GRAND OPENING VIEW NITE



pada waktu malam


pandangan hadapan 'VIEW NITE'


BUKTI KEHADIRAN DAN GAMBAR SEKSI DJ LIZ CANDY:-


bukti kehadiran Dj Liz Candy


AKSI DJ LIZ DI BEBERAPA SHOW BELIAU:-















Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas,pusat-pusat hiburan akan ditutup..tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut. 

Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan. 

Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu   dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi. Penulis setuju jika ada yang menegur bukan setakat kedah sahaja yang ada kelab malam,walhal negeri pimpinan BN pun ada. Niat penulis di sini bukan untuk memulakan THE BLAME GAME tetapi sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh barisan ulama mengapa perkara sebegini dibenarkan?

Penulis juga setuju kalau ada yang mempertikaikan kelab malam ini dibuka sebagai memenuhi hak non muslim untuk berhibur kerana sebagai orang Islam hiburan melampau sebegini sangat ditegah. Sedang kita bertelagah tentang hak itu, mari berfikir di mana hak kamu sebagai seorang muslim adakah dihormati  ketika bunting kelab malam ini dipromosi sebegini rupa? Lebih - lebih lagi apabila kelab hiburan ini dibuka di hadapan pusat beli belah keluarga TESCO MERGONG? 

Persoalan yang masih menjadi misteri di kepala penulis, adakah dengan ternaiknya bunting-bunting semeriah begini dan kebenaran lesen perniagaan yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar kepada kelab hiburan tersebut untuk beroperasi di hadapan pusat membeli belah TESCO MERGONG itu membuktikan bahawasanya kewujudan kelab hiburan sebegini DIRESTUI OLEH BARISAN PEMIMPIN TERTINGGGI PAS?

Benarlah kata totok-totok Pakatan PAS FOR ALL bukan retorik!!:-

p/s: Mungkin sebab nama dia DEEJAYYYY bukan kpop sebab tu dapat kelulusan kottt....eyh jap...DEEJAYYY ka DAJEEYYYYYY? ekekeke...


Thursday, June 7, 2012

@AmanKampus: Team #AmanKampusKenyalang meriahkan Gawai Eve!








MAKAN BESAR

Hari Gawai Dayak merupakan perayaan terbesar di Sarawak dinikmati oleh terutamanya kaum Iban yang menjadi komuniti terbesar di Sarawak. Team Aman Kampus Kenyalang amat bertuah dapat menghadirkan diri di Rumah Panjang Ngaluang bersama-sama dengan masyarakat di sini menjelang malam perayaan tersebut. Ternyata sekali, begitu ramai anak perantauan rumah tersebut yang pulang bagi merayakan Hari Gawai berikutan dengan cuti umum selama 3 hari yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya.

Rumah Panjang Ngaluang dihiasi dengan begitu cantik sekali sesuai dengan sambutan Hari Gawai dan ianya menjadi lebih cantik bagi menyambut kedatangan 'anak-anak angkat ' baru Rumah Panjang Ngaluang iaitu peserta Aman Kampus Kenyalang. Menjelang pukul 8 malam, setiap keluarga angkat mula mengangkat hidangan masakan istimewa yang diletakkan di hadapan anjung utama (raung seperti balkoni panjang) bilik masing-masing. Pada masa yang sama, ketua-ketua bilik mula berkumpul memanjang di hadapan bilik masing-masing bersama ahli keluarga mereka.

Dengan mengambil semangat 1Malaysia, keluarga-keluarga angkat yang memahami bahawa 'anak-anak' angkat mereka ramai terdiri daripada penganut Agama Islam, mereka dengan besar hati dan tidak kisah apabila pengurusan Aman Kampus telah menyediakan makanan sendiri yang dibungkus di dalam bungkusan polestrin, asalkan 'anak-anak' angkat mereka kenyang dan tidak kelaparan. Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh setiap keluarga di Rumah Panjang Ngaluang kepada team Aman Kampus Kenyalang.

Begitu pun tidak dapat menyediakan makanan sendiri kepada team Aman Kampus, ini tidak menghalang untuk setiap keluarga ini menyediakan makanan ringan seperti kacang, kuih baulu, asam, kek batik dan lain-lain juadah yang dibeli dikedai. Menu makanan ringan di sini tidak jauh bezanya dengan seperti mana sambutan Hari Raya Aidilfitri di semenanjung. Makan besar keluarga ini juga tidak diubah seperti makan besar kaum Cina sekaligus membuktikan meyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka dan sekali lagi terbukti inspirasi semangat 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato Seri Najib itu disambut dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negeri.

Suasana menjelang malam Hari Gawai. Bermula dengan makan besar.




















'Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang selesai makan bersama keluarga dan menantikan acara "ngaptara" dijalankan.' 



NGAPTARA


Ngaptara adalah salah saut acara tradisi yang diamalkan oleh kaum Iban menjelang Malam Hari Gawai. Tuai Rumah bersama sekumpulan pemain muzik akan mula berpusing sekitar anjung utama rumah panjang dan pergi dari satu bilik ke satu bilik bagi menjemput wakil bilik (kebiasaannya adalah ketua bilik untuk menyertai perarakan barisan rumah panjang. Ketua bilik dan ahli keluarga akan mula mengikut tawaf tersebut yang akan dilakukan sebanyak 7 pusingan.

Sepanjang-panjang "ngaptara", wakil rumah (kebiasaannya si isteri dan anak perempuan) akan menuangkan air tuak ke dalam gelas dan dihulurkan kepada barisan "ngaptara". Setelah selesai 7 pusingan, maka "ngaptara" akan berhenti dan masing-masing akan duduk memanjang di tepi dinding anjung rumah panjang.


















AMAN KAMPUS BERSAMA ATM


Dalam siri-siri jelajah Aman Kampus sebelum ini, PDRM sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik mengiringi konvoi Aman Kampus untuk memberikan perjalanan yang baik sepanjang beribu km. Namun kali ini, satu lagi cabang keselematan negara turut bekerjasama dengan AMan Kampus iaitu Angkatan Tentera Malaysia.


Kerana motto dan kempen yang dibawa oleh Aman Kampus supayakan CINTAKAN KEAMANAN (tak macam Adam Adli, ATM turut serta untuk bekerjasama dengan AmanKampus tuerutamanya dalam menediakan makanan halal yang susah diperolehi sepanjang kembara ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyokong masakan chef mereka di Rumah Panjang Gundak dan di rumah panjang Keli di Sarikei, Sarawak.  Begitu juga sewaktu di Rumah Panjang George Chungut yang menyaksikan YAB Perdana Menteri turun bagi meraikan Hari Gawai. ATM dan PDRM membantu menyediakan makanan halal kepada peserta Aman Kampus dan pengunjung yang beragama Islam termasuklah YAB Perdana Menteri sendiri.

















Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang. 





 YB Dato Dr Latif, Timb Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu di Lapangan Terbang Udara TUDM, Subang.





Jangan lupa untuk melawat blog rasmi Jelajah Aman Kampus- Anak Sarawak Pulang Berbakti untuk liputan penuh. Untuk pengetahuan pembaca, semalam merupakan hari terakhir mereka  di sana dan apa yang telah disampaikan kepada penulis, team AmanKampus telah selamat sampai di Semenanjung dan telah pulang ke universiti masing-masing. Dari meja penulis, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan masa yang dilakukan dan semoga maju jaya dalam menghadapi peperiksaan kelak. Tahniah diucapkan!






p/s- Comel sungguh gadis berbaju merah, bertudung hitam yang bergambar dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan tu..hehe..elok la tu, muka cantik, peribadi pon sopan..jangan jadi sesetengah orang tu, nampak sopan tapi kurang ajar, cakap lebih kurang dengan pengetua pon ada...hehe..apa nak diherankan, pergi demo pon boleh joget-joget,jerit-jerit sampai keluar anak tekak...uish..uish...suara tu aurat dek non oi...siapa lah ye orang tu....