Followers

Friday, August 31, 2012

BAJU KUNING: RAKYAT KATA TIDAK. KITA SATUMALAYSIA @KLPOS @PAPAGOMO @NAJIBRAZAK





Jawapan telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Jawapan yang terang, nyata dan jelas. Kalau anda fikir, rakyat menyebelahi anda. Anda salah. Bagus, teruskan lagi dengan sandiwara dan lakonan anda. Lagi banyak sandiwara yang dihasilkan, lagi celik mata rakyat tentang wajah sebenar di sebalik 'TOPENG KEBENARAN' anda itu. Penulis pelik ramai betul ca yu nun alif yang join salah satu daripada usaha 'mengREPUBLIKkan' Malaysia ni. Mungkin disebabkan seronok kerana ada bangsa melayu kita yang berkongsi bantal dengan mereka. 

Buat ibu bapa di luar sana, ambil perhatian, penulis baru mendapat tahu Khalid Ismath akan mempengaruhi pelajar-pelajar universiti lebih - lebih lagi pelajar yang menyertai Pro Mahasiswa untuk mengadakan satu perhimpunan seperti BERSIH. Penulis percaya tuan-tuan dan puan-puan tahu apa impak BERSIH. Jaga tingkah laku anak tuan-puan, Pro M bergerak dengan tema warna OREN dan trademark penampilan seperti seorang muslim dan muslimah sejati. Mereka ini juga diantara pelajar-pelajar yang membuat lambang cross menggunakan jari di dataran tempoh hari. 

Majoriti yang penulis kenal berperwatakan agresif, sombong, taksub dan nekad untuk setiap tindak tanduknya. Disebabkan itu juga, mereka di antara penyebab UTM dikenali sebagai Universiti Tentera Militan, Persatuan Mahasiswa UTM (PMIUTM) juga pernah diharamkan disebabkan TAMRIN yang mereka adakan mengandungi unsur untuk merekrut pelajar sebagai tentera militan dan tempat yang diadakan tamrin itu juga lengkap dengan kubu pertahanan. Tak percaya bukan? Penulis ada ramai saksi. Jangan sampai anak tuan-puan terpengaruh dengan pengaruh negatif ini. 

Membantah adalah bagus. Tetapi hanya patut dilakukan pada waktu,tempat, medium dan di atas tujuan yang sesuai.



p/s -  Ini belum buat survey tanya pendapat rakyat malaysia tentang bendera REPUBLIK MALAYSIA yang telah dikibarkan tu. Mampus, ada yang kena halau keluar Malaysia nanti. 









Thursday, August 30, 2012

AKSI BERUK DI DATARAN MERDEKA BERJAYA DIRAKAM




Penulis mendapat perkhabaran tentang keadaan meriah di Dataran Merdeka semalam dengan pelbagai aktiviti dan lapisan masyarakat yang turun untuk menyambut Hari Kemerdekaan kita yang ke - 55. Sedang orang ramai bersatu hati menyambut hari kemerdekaan tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit dan latar belakang politik, muncul satu kumpulan manusia yang dipanggil kumpulan #Janji Bersih lengkap berpakaian kuning dengan membawa satu slogan yang amat menarik iaitu 'KAMI DATANG DENGAN AMAN'.

Dan penulis merasakan mereka inilah dalang yang cuba menggoncangkan perpaduan yang kita ada selama ini. Walaupun bergerak di bawah satu pertubuhan yang dikatakan NGO, perbuatan dan tingkah laku mereka ini tidak mencerminkan tatasusila dan adab seorang yang bergelar 'orang malaysia'. Orang malaysia seperti yang kita tahu tinggi budi bahasa dan pekertinya. Juga kelihatan, lebih ramai bangsa ca ya nun alif yang menggangotai kumpulan ini, manakala ianya diketuai oleh orang Melayu dan peranan orang melayu di sini hanyalah untuk menutup peranan ca ya nun alif di situ.

Satu lagi insiden yang menunjukkan kita Malaysia sedang dipecahbelahkan adalah apabila rakan-rakan penulis yang berada di sekitar Dataran Merdeka menjumpai sticker yang mengarahkan supaya kita tukar bendera Malaysia kepada bendera yang mirip kepada Singapura. Malaysia yang aman dan makmur ini sudah mula dirosakkan, dan satu persatu tindakan berbaur tidak patriotik di buat demi kepentingan diri dan jelas buat penulis Malaysia sekali lagi telah dihina dan lebih malang ianya berlaku di sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55.

Seperti biasa, tindakan keji dan hina yang mereka telah lakukan, semuanya akan dipersalahkan kepada UMNO. Modus Operandi semacam dengan Pakatan Rakyat. tapi masih lagi claim mereka NGO. Sounds like me, looks like me, fuck like me but NOT ME.



AKSI 'KAMI DATANG DENGAN AMAN' NGO KEPALA HANGGUK










p/s- Hari Kemerdekaan kita bukanlah untuk beruk-beruk kepala hitam ini. Mereka tidak layak untuk dipanggil orang malaysia pun.






Friday, August 24, 2012

HOT NEWS: PINJAMAN PTPTN DIHAPUSKAN!!! @NAJIBRAZAK @KHALEDNORDIN @EFFYHARIDTH @HARAPANESOK @BRADERJAI @MATDESPATCHOTAIT



Di sini gua nak ucapkan selamat maju jaya kepada rakan gua yang bahawasanya permohonan beliau untuk mendapat pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN di atas sebab telah berjaya menamatkan pengajian beliau dengan kepujian kelas pertama telah berjaya diterima oleh pihak PTPTN. Walau pun muka gangster dan badan ketak-ketak tetapi kerasionalan beliau telah membuatkan beliau berjaya tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama. Apa kaitan muka gangster, badan ketak-ketak dengan surat ni? Rasionalnya adalah walaupun muka gangster dan muka ketak, brader gua sorang ni rajin belajar dan tak pergi tunjuk pailang pergi bawak turun bendera PM, tak letak kalung bunga mati dekat gambar PM, tak baring atas jalan raya, tak rempuh cermin kaca klinik, tak terkinja kinja gegar pagar universiti dan aksi-aksi pailang yang sewaktu dengannya. 

Abam badan ketak


Mungkin disebabkan di twitter mamat-mamat demo ni yang kononnya tertulis di profile memasing 'GYM-GOER' maka kepailangan anda semua itu boleh ditunjukkan di samping mempunyai masel besar punggung gajah? Ataupun mungkin sudah habis BRADER?  Bawak-bawak la bertenang, baju yang ada tu bukan untuk ditunjuk-tunjuk. Gua nak puji sekali lagi, walaupun brader gua sorang ni tak turun demo,lompat-lompat bagai tak semestinya dia tak 'CAKNA'. Sekali sekala gua jadi mangsa, jadi mangsa member gua ni meluahkan perasaan dan pendapat beliau tentang keadaan sekeliling. Gua pun mula-mula ingat dia ni bangang sejenis je, tapi wa cakap lu, fakta-fakta yang dia keluarkan TIP TOP macam Neelofa der. Macam orang tua-tua cakap la, ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk bukan macam tin kosong. 

Macam ni la kesimpulannya, sekarang ni tak perlu nak berdemo bagai tuntut hak itu, hak ini yang entah apa-apa dan berlandaskan perjuangan yang tidak pasti. Yang paling penting sekali masuk universiti belajar rajin-rajin di atas sebab:
1) Memikul tanggungjawab dan amanah ibu dan ayah 

2) Menjadi contoh kepada keluarga

3) Tanggung jawab sebagai penghutang bertungkus lumus membayar hutang.

4) Tanggungjawab untuk belajar rajin-rajin.

5) Tanggung jawab untuk menuntut ilmu.
*kalau ada yang gua tertinggal,lu orang sambung dekat ruangan komen ye ;)

Gua rasa ini je sebab-sebabnye. Kalau ada yang main sukan,orang kata, main kuat belajar pun mesti kuat. Takde pulak gua terbaca masuk universiti untuk pergi berdemo demi kepentingan politikus-politikus bontot ayam dekat luar sana tu. Lu orang tak berserabut ke fikir masalah politik yang bukan masalah korang pon? Kalau masalah macam mana nak bangunkan Malaysia style la jugak, ini masalah nak menjahanamkan Malaysia. Arab Spring konon. Pui.

Gua bagi pilihan la, nak tengok mak ayah datang sambut masa dah konvo ni atau tengok mak ayah jamin keluar lokap? Instead of pakai jubah atau kita pakai sehelai sepinggang duduk dalam lokap? Air mata gembira mak ayah atau air mata tangis sedih dan kecewa mak ayah sebab anak style bangang,bebal tahap ANU-war? Pilihlah sendiri, gua dah bagi pilihan. 

Lu orang nak macam ni ke atau....


Macam ni?


Akhir kata, kepada yang sudah habis belajar jangan lupa buat permohonan pengecualian tu. Jangan sampai gua dengar ada yang cakap janji kerajaan nak hapus PTPTN untuk yang dapat kepujian kelas pertama hanyalah retorik semata dan janji tepati bertukar menjadi janji capati. Jangan sebab kebodohan dan kebebalan lu orang yang ikut cakap politikus bontot ayam supaya baca haramkah,rokuitkini sahaja tu, tak pasal pasal lu orang tak tahu pasal pekeliling awam,notis dari PTPTN, maklumlah berita dalam tu semua maki hamun punya berita. Lepas tu canang merata tempat pulak, dah lu orang pulak dapat dosa fitnah. Jangan jadi BODOH HOOCAY?

p/s- Lu orang taknak hormat Ah Jib Gor sebagai ketua lu orang gua tak kisah tapi at least hormat dia sebagai orang tua. Dengan puting Ah Jib Gor pun lu orang nak main. Membangun bersama ISLE sangat.


  

Thursday, August 23, 2012

BAKAT BARU DARI SINGAPORE YANG BAKAL MENGGEGARKAN ASIA!! @TASHAMANSHAHAR PUN KALAH!!




Wakakakaka, gua tak terkata bila tengok video ni. Sedih pun ada, nak tergelak pon ada. Video ni baru 3 hari di upload di Youtube dan sudah mendapat 4 juta viewers dan 1,167 likes. Wakaka. Korang tengok lah sendiri. 

Dan sudah semestinya buat peminat BigBang, mesti nak tahu lirik lagu ni supaya boleh ikut nyanyi sekali kan?  Hehe. Okgua sediakan sekali lirik. Apa pun, gua respek sama lu lah artis S-POP (ala-ala KPOP). Berani kaw-kaw!!  Singaporean must be really proud of u aite? ;)

Nah! Ini lirik yang gua copy paste! Malas nak taip bro!!

 Jom joget! BOOM SHAKALAKAAA!!! Wakakakaka!!


*LYRICS!.*
Saudari saudara, mari semua.
We gon' party like lilililalala~
Luahkan hati anda, luaskan minda.
Bulan Syawal telah terbibitlalalah~

Jangan ada banyak tanya, ikut sahaja, masa, telah pun tiba alright~
Setelah sebulan kita berjaya, menahan lapar dan juga dahaga so

Nananana Nananana Wow Aidilfitri
Dance I Wanna Dan Dan Dan Dan Dance Fantastic Baby
Dance I Wanna Dan Dan Dan Dan Dance Wow Aidilfitri

Ini rumahku HEY Istana ratu HEY
Tengah hias nak siap has, buat untuk Eidul but wait
Lampu laplip dah nyala HUH Tak dapat duit raya~ HUH
Tapi tak apa-apa nananana

Menikmati semua hidangan kuih-muih
Ada tat ada makmur ada cornflakes dan ada SeungJi [Suji].
Nak air gas ke air putih, ke teh ke kopi
Boleh makan-makan minum-minum sampai gemuk sekali!

Pinjam sorry maaf k halalkan sahaja makan minum semua ye
I can't baby don't stop this malam ni kita semua
Mengucapkan selamat hari raya ah ah ah ah

Wow~ Aidilfitri
Dance! I wanna dan- dan- dan- dan- dance Fantastic Baby
Dance! I wanna dan- dan- dan- dan- dance Wow~ Aidilfitri
BOOMSHAKALAKA (3x) DAN DAN DAN DAN DANCE (2x)

Jalan raya sampai ke Indonesia balik ke Malaysia
Dah macam world tour dari Singapore
Abang just let me be your sayang~ ;)
Inilah saya punya numbor ohohoh hahahahah

Dari kepala ke hujung kaki, visual shock
Tiba2 semua lelaki macam nampak sachok~
Swag dalam traditional costume
Keluar pakai perfume
Harum harum harum sedap nananana

Pinjam sorry maaf k halalkan sahaje makan minum semua ye
I can't baby don't stop this malam ni kita semua
Melafazkan selamat hari raya ah ah ah ah

Wow~ Aidilfitri
Dance! I wanna dan- dan- dan- dan- dance Fantastic Baby
Dance! I wanna dan- dan- dan- dan- dance Wow~ Aidilfitri
BOOMSHAKALAKA (3x) DAN DAN DAN DAN DANCE (2x)

Dah habis puasa YEYEYE Dah boleh raya YEYEYE
Mari berpesta YE YE YE Dan bergembira
Wow~ Fantastic MALAYLAYLAYLADY
*LYRICS!.*



 p/s - dia panggil lagu ni RAYABANGER. Memang pun, gua dengar rasa macam nak BANG kepala dekat dinding.




Tuesday, August 21, 2012

GEMPAR!!! AZMIN ALI DIBALING DENGAN SAMPAH DI FLAT AMPANG




Berikut adalah tong sampah yang gua jumpa di flat belakang ampang point. Gua tak tau nak cakap apa tentang tong sampah nih.

Yang gua pasti ianya digunakan semaksimum mungkin dengan dipenuhi oleh sampah sarap walhal keliling tong sampah ni ada banyak lagi tong sampah yang kosong.

Adakah ini petanda bahawa masyarakat di sana sudah menolak pemimpin Pakatan Rakyat dengan menganggap Azmin setaraf dengan sampah seperti di dalam gambar? Kesian azmin, bukan hanya setakat digelar si tanggang moden tapi jugak dianggap sebagai sampah!

Kalau pemimpin BN letak muka masing-masing di paket beras yang disumbangkan penyokong pakatan kata mencari publisiti, habis kalau dah kes macam azmin ni sampaikan ke sebusuk busuk tong sampah ni pon mencapub, apa cerita? Gila babi mencapub?


P/s- nak heran apa, blowjob pon dia ajak buat dalam tandas. Wakakaka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUKTI PAKATAN RAKYAT MULA GOYAH DI SELANGOR


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Email yang gua dapat dari member gua yg duduk selangor. Lu org agak2, siapa buat nih? BN atau PR? Gua cakap ni PR, sebab ianya dihantar kpd pengundi baru. Selaku parti yang telah diberi mandat menjadi kerajaan negeri, yg ada akses no telefon dan data peribadi pengundi baru sudah semestinya Pakatan Rakyat bukan? Lu pikir la sendiri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Saturday, August 18, 2012

Universiti sibuk kejar ranking, student kena kencing


Saban tahun masyarakat menunggu ranking universiti terbaik di dunia dikeluarkan dan acap kali juga kita mendambakan ada terselit satu dua universiti tempatan yang berada di kalangan universiti TOP 100 atau TOP 50. Saban tahun juga, isu ini disensasikan dan dimainkan oleh politikus-politikus yang cuba menghentam kepimpinan sekarang dengan harapan mendapat political mileage untuk dirinya sendiri. Namun pernahkah kita fikir, tahu atau ambil tahu apakah matlamat setiap universiti ditubuhkan? Dan manakah yang lebih kita mahu lihat, universiti tempatan yang dibanjiri makhluk asing demi mengejar ranking atau universiti tempatan yang dipenuhi anak watan? Di sini penulis ingin berkongsi buah fikiran seorang tokoh berpengalaman Prof Dr. Mohamad Tajudin Rasdi, pensyarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia.




Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang akademik, apa pandangan Prof mengenai pencapaian universiti kita?

Kalau nak disimpulkan pandangan saya terhadap objektif universiti, kita kena tengok objektif universiti dululah sebelum kita tengok apa yang dikatakan pencapaian. Yang saya faham, ada dua; pertama untuk menghasilkan seorang manusia, bagi saya manusia yang bermanfaat (wholesome). Manusia yang wholesome ini adalah manusia yang kritikal pemikirannya, boleh mencari ilmu sendiri dan juga boleh membuat keputusan, mungkin mempunyai daya inovasi keusahawanan dan sebagainya dalam apa-apa hal. Manusia yang ini bagi saya penting dalam pembangunan negara dan oleh kerana kita sekarang dalam komuniti global, kita juga harus prihatin dan menyumbang kepada pembangunan dunia secara keseluruhan.

Yang kedua objektifnya ialah untuk menghasilkan tenaga pekerja. Kalau pelajar itu mengambil ijazah seni bina, kononnya kita jangka dia akan jadi arkitek. Kalau buat ijazah kejuruteraan, kita jangka dia akan jadi jurutera. Kan? Tapi sebenarnya pada pandangan saya kita terlalu menekankan perkara seperti kerja sehingga kita menghilangkan bahagian bermanfaat manusia itu.

Kalau kita tengok perkembangan di Amrika Syarikat berbeza, contohnya mereka ada all university requirement subject yang kadang-kadang meliputi 30 peratus dari keseluruhan ijazah. Tetapi di Malaysia, kadang-kadang 10 peratus macam tu sahaja. Ini menunjukkan kita masih menekan kepada kerjaya.

Jadi untuk menjawab soalan itu, kita kena tengok konteks apa tujuan? Jadi bila kita tengok apakah pencapaian, bagi saya kalau untuk mencapai orang yang berkerjaya memang baguslah, baik dan hebat. Tetapi pencapaian manusia yang wholesome ini, atau awak boleh kata sebagai insan ini yang boleh ditakrif kepada manusia yang bukan sahaja biologika tetapi dia adalah bukan prihatin kepada pembangunan dia tetapi pembangunan di sekelilingnya iaitu melibatkan persekitaran, manusia lain termasuklah haiwan dan sebagainya yang mana memahami bahawa kesemua ini saling berkait dan bekerjasama, harus dijaga supaya ada keseimbangan dalam dunia.

Kalau kita cipta seorang arkitek dan dia cuma nak kaya dan hidup senang seorang sahaja, saya kira porak perandalah dunia ini. Jadi pencapaian universiti; katakanlah UTM, saya lihat graduan kami tak ada yang tak ada kerja, rasanya 100 peratus dapat kerja. Bukanlah nak berkempen, tetapi yang sebaliknya pula sudut keinsanan ini saya tidak nampak sangat.

Jadi ikutlah. Ada yang rasa berbangga menghasilkan 100 peratus bekerja sepenuhnya ( fully employed graduates)  tapi macam saya sendiri kalau ditanya adakah saya akan hantar anak saya ke UTM kerana tahu mereka akan mendapat kerja, saya akan kata tidak. Sebab saya tidak lihat kepada mempunyai kerja semata-mata.

Ukuran kedudukan bagi universiti, bagaimana untuk mencapai matlamat?

Pertama sekali saya tidak akan menggunakan apa yang disebut sebagai kedudukan (ranking) yang difahami sekarang sebab saya rasa ini tidak tepat.Sekali lagi saya ingin merujuk kepada itu universiti awam dan kita juga ada universiti swasta.

Universiti awam disubsidi kerajaan. Bila ia disubsidi oleh kerajaan maka oleh yang demikian ia bukanlah sesuatu yang seimbang sekiranya melibatkan wang yang banyak tetapi kurang penglibatan terhadap masyarakat. Jika kita lihat, kalau 70 hingga 80 peratus universiti disubsidi oleh kerajaan, saya jangkakan sumbangannya akan lebih kepada masyarakat. Tetapi di sini, saya agak terkejut bila yang dihebohkan universiti kita tidak disenaraikan sebagai taraf dunia kerana bagi saya jika kita (universiti-universiti) memberi sumbangan kepada masyarakat, (itu tidak mengapa).

Jika saya, saya ingin melahirkan pelajar yang pertama sekali memberi sumbangan terus kepad masyarakat. Oleh itu, ukurlah pensyarah dan paa pelajar dari sudut sumbangan mereka kepada masyarakat. contohnya pensyarah. Di mana tulisan mereka yang keluar di dalam akhbar negara ini? Berapa buah buku ditulis untuk mendidik masyarakat? Perkara inilah yang harus kita buat. Universiti-universiti di luar terutamanya abrat telah melakukan ini dan kemudia ia ke peringkat antarabangsa. 

Kita telah buat sebelum selesai persiapan, kita fikir kita telah selesaikan perkara pokok dan menyangka kita ingin terus ke peringkat antarabangsa. Saya tidak kata yang kita tidak mampu untuk bersaing tetapi persoalannya kenapa kita bersaing? 


Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian daripada penulis untuk difikirkan oleh pembaca, tak guna kalau ranking universiti kita meroket ke langit tetapi peluang anak watan untuk belajar di institusi awam yang terbaik di malaysia hilang dek nak penuhkan kuota makhluk asing yang kononnya datang buat 'RESEARCH' dan 'RESEARCH' itu diperlukan untuk naik ranking. Kebajikan pelajar tempatan pulak diabaikan dan dianaktirikan,ditendang duduk luar universiti kononnya tak menyumbang kepada universiti. Makhluk asing pulak macam-macam dapat. Bila ranking naik, makin dibuka peluang untuk makhluk asing supaya ranking dan nama pihak atasan dapat naik lagi. Itulah manusia, tak pernah puas dan yang jadi mangsa tetaplah orang kita. 


p/s- Kempunan tak dapat belajar oversea katanya, kempunan lagi kalau tak dapat belajar universiti terbaik malaysia

Friday, August 17, 2012

PERGH! GAMBAR @NEELOFA BERAKSI DENGAN BOLA FUTSAL @NEELOFATEAM



















p/s- Dia ni senior gua dulu time sekolah, entah dia kenal gua entah tidak...tapi yang penting..NEELOFA COMEL..OKBAI..





- KENYATAAN RASMI MPM UTM SESI 2011/2012 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI - @WAHAZMAN @JUSTAZIE @SHUK002 @IDZUANJAMAL @BRADERJAI @EFFYHARIDTH @MATDESPATCHOTAI @ASPIRASIEVOLUSI @AJUYA_AYISH @AFIFOSMAN @SHAHARABDLH @SARFARMS @SHAHIZZATISMAIL @CIKMUST @MYMAHASISWA





" Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012/1433 Tahun Hijrah"

1. Sebagai pemegang mohor besar Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, saya mewakili Pemangku Presiden, Saudara Wan Ahmad Hazman dan barisan pemangku MPM UTM yang lain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat UTM terutamanya mahasiswa yang beragama Islam.

2. Selepas hampir sebulan kita berpuasa dan melalui pelbagai cabaran dalam kita beribadah kepada-Nya pada bulan yang mulia ini, akhirnya sampailah kita pada penghujungnya. semoga kita semua bersama-sama mendapat kebaikan yang berganda sepanjang bulan ini dan pada masa hadapan kelak.

3. Selain itu juga, kami ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat kami, masyarakat UTM secara amnya, sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang tampuk pentadbiran kami selama 1tahun 7 bulan ini. Sekiranya terdapat apa-apa persoalan bolehlah diajukan kepada kami kerana kami masih lagi berfungsi untuk anda semua.

4. Diingatkan juga, kepada krew MTM sesi kali ini, anda diminta untuk melaporkan diri di UTM pada 27Ogos 2012 bagi mengikuti kursus MTM. Berhati-hatilah semasa ingin pulang ke kampung halaman, dan jangan bermain mercun. Sekian sahaja daripada kami diharapkan agar sahabat semua sihat walafiat dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.

"Kerana Tuhan Untuk Manusia"

Wan Frany Muhtaddin Masbak
Pemangku Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia sesi 2011/2012

p/s- Kenyataan ini telah diekstrak khas daripada facebook peribadi Wan Franny buat tatapan umum dengan niat untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan, moga apa yang ditulis dapat menjadi iktibar dan pedoman buat pelajar UTM sekalian dan lebih-lebih lagi kepada bakal wakil pelajar nanti. 



Thursday, August 16, 2012

LAPORAN PENUH KEMBARA SAHUR PEMUDA UMNO KB DAN PDRM @BN4KEPALABATAS @PEMUDATMNBERTAM



Wawancara bersama Dato' Seri Reezal Merican

Program Kembara Sahur anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dan Pemuda UMNO Kepala Batas telah dihadiri dan dirasmikan oleh Dato Rahim bin Hj Hanafi selaku Ketua Polis Pulau Pinang. Turut mengiringi adalah Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu ACP Zulkifli bin Alias.

Seramai 100 orang barisan hadapan Pemuda UMNO Kepala Batas telah menghadirkan diri bagi menunjukkan komitmen mereka dalam meraikan anggota-anggota keselamatan ini. Program Kembara Sahur ini dirasmikan pada jam tepat 12 tengah malam dan telah disertai oleh 40 buah konvoi kereta di mana ianya dimulakan di IPD SPU sendiri. Konvoi ini seterusnya dipanjangkan kepada 9 buah balai polis pilihan iaitu Balai Polis Komuniti Bertam Perdana, Cawangan Trafik Jalan Kedah, Balai Polis Sg Dua, Balai Polis Sementara Tasik Gelugor, Balai Polis Mak Mandin, Balai Polis Seri Pinang dan Balai Polis Butterworth dan berakhir di Plaza Tol Sg Dua.

Di Plaza Tol Sg Dua itu sendiri, diadakan satu majlis bersahur  untuk anggota-anggota keselamatan yang sedang bertugas di dalam Ops Bersepadu malam tadi. untuk makluman pembaca, hanya 10 peratus daripada 5,817 pegawai polis dan lain-lain pangkat yang diberikan cuti dan yang lain akan bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri dari 12 hingga 26 Ogos nanti. Kita ikuti gambar dan wawancara bersama Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas mengenai program Kembara Sahur ini.

Frontliner Pemuda UMNO KB

Bacaan doa sebelum memulakan kembara


Pemeriksaan anggota oleh Ketua Polis PP


Juadah bersahur yang dibekalkan

Cenderamata untuk anggota keselamatan

 Bersahur bersama anggota keselamatan

Penulis tertarik dengan dua program berbeza yang berlaku semalam, sedang Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas menggembleng tenaga dan meluangkan masa bersama-sama Ketua Polis mengadakan Kembara Sahur, pada masa yang sama, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan satu 'tazkirah' tentang 'Kebangkitan Rakyat' di perkarangan Masjid At Taqwa Bertam Indah. Apa yang berbeza di antara dua program ini adalah di mana program yang pertama iaitu Kembara Sahur meraikan dan mengiktiraf pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang bertugas pada waktu cuti di samping menjaga kebajikan mereka. Manakala program yang kedua iaitu Tazkirah dari Bro ANUwar, lebih kepada menanam perasaan benci dan semangat untuk menghuru-harakan negara melalui demonstrasi. Sekarang kita dah tahu siapa AGEN PEROSAK NEGARA bukan? :)




p/s- Penulis ada gambar pemberian sumbangan berupa duit kepada setiap balai polis untuk digunakan bagi membeli perhiasan untuk balai polis, tapi untuk keselamatan imej Dato Reezal tak perlu untuk penulis letak dekat sini. Bukan apa, banyak sangat PENCACAI PENCACAI PR YANG SUKA BUAT FITNAH. Ketua dia pon agen perosak, anak buah lagi la!

Wednesday, August 15, 2012

Edisi Hero Malaysia: Datuk Punch Gunalan meninggal dunia.





KUALA LUMPUR: Legenda badminton dan Ahli Dewan Pemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Punch Gunalan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Mendiang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pukul 6 pagi tadi selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kanser hati yang dihidapi oleh beliau.

Berikut ialah biodata mendiang, beliau dilahirkan pada tanggal 14 Ferbruari 1944 di Sepang, Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah King George V di Seremban dan seterusnya melanjutkan pelajaran di United Kingdom pada tahun 1964. Pembabitan beliau dalam sukan badminton bermula pada tahun 1960 an apabila menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran pada tahun 1961-1963.

Kemudian, beliau menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan seterusnya kejayaan demi kejayaan dikecapi dan ianya dibuktikan apabila beliau ditabalkan menjadi olahragawan negara pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970, beliau telah diberi kepercayaan untuk mewakili negara Malaysia dalam Piala Thomas buat kali pertama. Beliau kemudiannya ditabal sekali lagi sebagai olahragawan negara berikutan kejayaannya meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel di Christchurch, New Zealand.



Selepas bersara dalam karier sebagai pemain badminton, beliau dilantik menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992 dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia dari tahun 1985 sehingga tahun 1997. Beliau juga turut aktif dalam Asian Badminton Confederation (ABC) sebagai Setiausaha Agung Kehormat dan Naib Presiden bagi International Badminton Federation (IBF) dari 1999 hingga menghembuskan nafas terakhirnya. Antara anak didik Punch Gunalan yang terkemuka ialah Rashid Sidek, Razif Sidek dan Foo Kok Keong.

Mendiang meninggalkan seorang balu, P.Vijeyakumari, 64, dan seorang anak lelaki Roshan Gunalan, 36, yang kini merupakan seorang doktor ortopedik.





Tuesday, August 7, 2012

Majlis Pelancaran #BNYCT hari ini!! Jom datang meriahkan majlis gilang gemilang!! @yuseriyusoff @braderjai @tunfaisal @matdespatchotai @matkilaupenang @khairykj @agendadaily @kulaan_niring



Setelah sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap - sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika & propaganda pembangkang di ruangan siber.

BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada hari ini, 8 Ogos, jam 12.30 tengah hari di Dewan Seri Endon, PWTC,untuk makluman juga semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai BNYCT dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ini.

Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji permerintahan dengan gagah selepas PRU13.




Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini...GEMPUR TERUS!!





BNYCT juga akan di hadiri oleh beberapa bintang-bintang artis terkenal seperti:-




Marsha Milan Londoh




Altimet


p/s - Lagu 'Bangkit' dari Altimet memang terbaek. Gua rasa event ni mesti altimet mainkan lagu ni. Ermm, gua dengar dia ni penyokong PKR? Yeke? wakakaka




ISU KG GENTING: CUBAAN MR LIM JADI HERO GAGAL, RAKYAT TAK MUDAH DITIPU!!!


Penulis menerima satu emel daripada salah seorang penduduk Kg Genting berkaitan isu pengambilan tanah mereka untuk memberi laluan kepada satu projek yang kononnya dari Kerajaan Persekutuan yang dinamakan sebagai Projek AWLU. Setahu penulis, isu ini telah menyepi sejak dua tahun lalu dan kemudiannya timbul semula apabila mereka menerima dua pucuk surat, satu daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat dan satu lagi daripada Pejabat SUK pada 20 dan 29 Jun 2012 yang lalu. Sebelum penulis ulas lebih lanjut, Projek AWLU atau Asian Women Leadership University ini merupakan satu projek EPP (Entry Point Project) oleh Kerajaan Persekutuan diluluskan sendiri oleh YAB TPM iaitu Tan Sri Hj. Muhyidin bin Hj. Mohd Yasin di Hub Pendidikan Pulau Pinang. Di sini, kerajaan negeri telah diberikan amanat oleh kerajaan Persekutuan untuk mencari kawasan atau tanah yang sesuai untuk merealisasikan projek tersebut. Pihak AWLU juga telah menyatakan hasrat mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tidak melibatkan sebarang pengambilan tanah yang mempunyai penduduk.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Negeri telah mewartakan pengambilan beberapa lot tanah kampung Genting pada awal bulan Ogos 2010 dan sekitar awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Jika pihak AWLU sendiri berhasrat untuk memiliki tanah milik kerajaan negeri, kenapa Kerajaan Negeri masih pilih tanah penduduk? Untuk pengetahuan pembaca, pengambilan tanah Kg Genting ini akan melibatkan 12 pemilik tanah melayu yang berukuran lebih kurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina berkeluasan lebih kurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat.

Surat yang dikatakan oleh penulis tadi merupakan surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun 2012 yang bertajuk PERJUMPAAN TUAN TANAH BERSAMA YAB KM PULAU PINANG BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN AWAM (INSTITUSI PENDIDIKAN) DI MUKIM J DAN 7, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG, sementara surat  dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012 yang bertajuk PEMBINAAN UNIVERSITI DI GENTING, BALIK PULAU-AWLU DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Melalui surat tersebut, penduduk diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Menteri pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga yang akan ditawarkan. Satu lagi persoalan timbul tentang budi bahasa Ketua Menteri Pulau Pinang ini, tanah orang yang nak diambil, sepatutnya beliaulah yang berjumpa dengan penduduk bukannya penduduk terhegeh-hegeh jumpa beliau. Adakah ini budi bahasa seorang yang diangkat sebagai Khalifah Umar? Mengambil kira amanat kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memilih tanah yang sesuai ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat mengambil kesempatan untuk menawarkan tanah kampung Genting kepada AWLU walaupun pihak AWLU telah menegaskan mereka berkehendakkan tanah kerajaan negeri bukannya tanah penduduk. Bukankah ini dilihat sebagai satu langkah opportunis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan,regim dan kejam apabila mengambil tanah penduduk untuk sebuah projek di bawah Program ETP? Kita semua sedia maklum Kerajaan Negeri bukanlah mereka yang menyokong kerajaan pusat dan perkataan PROJEK BARISAN NASIONAL merupakan perkataan yang digilai oleh pencacai pencacai PR untuk digunakan sebagai modal fitnah. 




Surat dari CM kepada AWLU setelah dibantah



Surat bantahan dari AWLU




Surat bantahan dari AWLU



Untuk makluman pembaca, projek AWLU ini tidak ditentang oleh penduduk cuma apa yang ditentang adalah sikap tidak mengambil peduli kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap nasib yang bakal menimpa penduduk. Majoriti penduduk membantah pengambilan tersebut di atas beberapa sebab iaitu:

i) Mereka tiada tanah lain untuk berpindah dengan keluarga yang besar dan mereka memang tidak mampu untuk membeli rumah yang terlalu mahal di Balik Pulau kerana kerajaan Negeri tidak pernah membina rumah kos rendah.

ii) Harga pampasan yang telah ditawarkan terlalu rendah iaitu RM8 ke RM10 sekaki persegi walhal harga pasaran sekarang adalah dalam lingkungan RM35 ke RM40 sekaki persegi. Dengan harga pampasan ini, penduduk tidak mampu untuk membeli tanah ataupun rumah lain di Balik Pulau melainkan berpindah keluar dari Pulau Pinang dan mencari rumah atau tanah di Sungai Petani yang jauh lebih murah.

Sebagai simbolik membantah pengambilan tanah tersebut, penduduk sebulat suara menghantar surat rasmi bantahan kepada TKM 1 dengan menandatangani surat tersebut dengan dakwat merah (simbolik kepada darah). Berikutan tindakan itu, YB Mansor telah memperlekehkan orang kampung sebagai mereka yang tidak tahu menandatangani surat disebabkan tidak menggunakan pen berdakwat hitam.

Mengikut para ketiga surat dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt 18 bertarikh 20 Jun 2012, ada menyatakan bahawa pihak AWLU telah mengenal pasti tanah seluas 100 ekar di Genting, Balik Pulau. Persoalannya, bagaimanakah pihak AWLU mengetahui berkaitan dengan tanah ini? Tentunya dengan maklumat dari pihak kerajaan Negeri sendiri. Yang menghairankan adalah, setelah pihak kerajaan Negeri tahu akan bantahan penduduk, mengapa tanah di Kg Genting masih dimaklumkan kepada pihak AWLU bahawa tanah itu boleh digunakan untuk pembinaan universiti mereka? Kita yakin jika sekiranya dari awal lagi pihak AWLU diberikan maklumat sebenar berkaitan dengan tanah dan pendirian pemilik tanah Kg Genting, tentunya keputusan juga akan berbeza.

Kenyataan penulis bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebagai opportunis telah terbukti apabila pada satu sidang akhbar beliau menunjukkan kepada wartawan surat bertarikh 12 Jun 2012 daripada YB Senator Idris Jala sebagai bukti bahawa projek itu adalah projek kerajaan Persekutuan dan pengambilan tanah Kg Genting adalah di atas tindakan kerajaan Persekutuan. Pada perjumpaan baru-baru ini yang bertarikh 22 Julai 2012, pemilik tanah telah dipanggil sekali lagi dan kali ini, Ketua Menteri Pulau Pinang membuktikan beliau adalah 'hero penyelamat' Kg Genting dengan menunjukkan sepucuk surat kepada penduduk bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab mencadangkan kepada pihak AWLU supaya memilih tanah di tempat lain untuk pembinaan universiti tersebut sedangkan penduduk tahu dari awal lagi keputusan untuk memilih Kg Genting adalah keputusan kerajaan Negeri kerana pada surat tersebut tidak ada pun disebut tentang pemilihan Kg Genting sebagai tapak AWLU. Seperti apa yang penulis katakan, Ketua Menteri cuba menangguk di air yang keruh.

Sekali lagi, persoalan ditimbulkan kepada pembaca, mengapa Ketua Menteri, Lim Guan Eng sangat berminat untuk mengambil tanah Kg Genting walhal masih banyak lagi tanah kosong yang lebih luas di Balik Pulau ini. Adakah tindakan ini benar seperti apa yang dispekulasikan oleh orang ramai bahawa beliau ingin mengusir penduduk tempatan secara halus dan menggantikan dengan penduduk luar yang lebih berkemampuan untuk membeli rumah kos tinggi yang giat dibina di Balik Pulau? Persoalan itu, penulis tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.

Konflik berusia dua tahun ini telah pun selesai di mana tanah Kg Genting bukan lagi pilihan Ketua Menteri. Projek AWLU telah pun dipindah kepada kawasan yang baru yang bertempat tidak jauh dari Kg Genting iaitu di Jalan Pondok Upeh. Untuk makluman, kawasan tanah Pondok Upeh yang diberikan kepada pihak AWLU ini telah pun menjadi tanah kerajaan negeri sejak sekian lama lagi tapi penduduk Kg Genting pelik kenapa tanah ini tidak menjadi pilihan utama tetapi sebaliknya tanah mereka. Tindakan Ketua Menteri dalam melaksanakan amanat kerajaan Persekutuan adalah seperti layar yang menimpa tiang, harapkan pegar, pegar makan padi. Bagi penulis,  kesilapan terbesar Ketua Menteri adalah apabila menganggap penduduk Kg Genting ini seperti langau di jubur gajah.
Akhir sekali, penulis ingin menyampaikan pesanan daripada Sharil Ahmad, Pengerusi Badan Bertindak Kg Genting yang penulis terima melalui emel :-

'Kepada pihak AWLU, Balik Pulau adalah tempat tinggal kami. Jangan memusuhi kami jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami.' 

p/s- Nampak kan permainan halus ni macam mana? Sebelum KM mendabik dada pasal isu ni dalam Buletin Mutiara biar aku dedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Kalau Cai PR bolehla lu nak kencing Mr Lim.






Monday, August 6, 2012

KOLEKSI BUKTI GAMBAR KEBODOHAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.










Di atas merupakan koleksi bukti-bukti gambar kebodohan pemimpin dan ahli pakatan rakyat dan yang paling popular sekali adalah dari tweet Mr. Manoharam kita. Walaupun nama beliau terdapat nama tanah melayu iaitu 'MALAYA-lam', kebodohan dan kedangkalannya tidak dapat dielakkan dan di sini gua hanya dapat menyampaikan ucapan tahniah. Tahniah kerana menjadi popular disebabkan kebodohan dan kedangkalan diri sendiri dan gua rasa seluruh rakyat Malaysia juga berkongsi pendapat gua. Gambar di bawah menjadi bukti dan kalau nak tengok lagi KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA terhadap Mr. Mano, sila klik link ini >>>  http://braderjai.blogspot.com/2012/08/tak-sampai-12-jam-dibuatpage-kami.html








p/s- Bila pulak Ustaz Hairie dan EX- MB kita nak kena tempelak pulak? Gua rasa sebelum Hairie Othman jadi Ustaz PAS ni, ada tak dia keluarkan kenyataan menghina macam tu? Kan? Gua dah agak dah, puak PAS ni memang banyak mengajar benda tak elok!